منتدى القفطان المغربي
سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

منتدى القفطان المغربي

اهلا وسهلا بكـٍ يا فى
https://caftandumaroc.forummaroc.net اخر زياره لكـ كانت فى

 
الرئيسيةالبوابةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه

اذهب الى الأسفل 
كاتب الموضوعرسالة
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Empty
مُساهمةموضوع: سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه   سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Emptyالخميس أغسطس 30, 2012 3:11 pm

﴿
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴾


طسم
﴿1﴾ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ
الْمُبِينِ ﴿2﴾ لَعَلَّكَ بَاخِعٌ
نَّفْسَكَ أَلَّا يَكُونُوا مُؤْمِنِينَ ﴿3﴾
إِن نَّشَأْ نُنَزِّلْ عَلَيْهِم مِّن السَّمَاء آيَةً فَظَلَّتْ أَعْنَاقُهُمْ
لَهَا خَاضِعِينَ ﴿4﴾ وَمَا
يَأْتِيهِم مِّن ذِكْرٍ مِّنَ الرَّحْمَنِ مُحْدَثٍ إِلَّا كَانُوا عَنْهُ
مُعْرِضِينَ ﴿5﴾ فَقَدْ كَذَّبُوا
فَسَيَأْتِيهِمْ أَنبَاء مَا كَانُوا بِهِ يَسْتَهْزِئُون ﴿6﴾ أَوَلَمْ يَرَوْا إِلَى الْأَرْضِ كَمْ
أَنبَتْنَا فِيهَا مِن كُلِّ زَوْجٍ كَرِيمٍ ﴿7﴾
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿8﴾ وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ
الرَّحِيمُ ﴿9﴾ وَإِذْ نَادَى
رَبُّكَ مُوسَى أَنِ ائْتِ الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ ﴿10﴾
قَوْمَ فِرْعَوْنَ أَلَا يَتَّقُونَ ﴿11﴾
قَالَ رَبِّ إِنِّي أَخَافُ أَن يُكَذِّبُونِ ﴿12﴾
وَيَضِيقُ صَدْرِي وَلَا يَنطَلِقُ لِسَانِي فَأَرْسِلْ إِلَى هَارُونَ ﴿13﴾ وَلَهُمْ عَلَيَّ ذَنبٌ فَأَخَافُ
أَن يَقْتُلُونِ ﴿14﴾ قَالَ
كَلَّا فَاذْهَبَا بِآيَاتِنَا إِنَّا مَعَكُم مُّسْتَمِعُونَ ﴿15﴾ فَأْتِيَا فِرْعَوْنَ فَقُولَا
إِنَّا رَسُولُ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿16﴾
أَنْ أَرْسِلْ مَعَنَا بَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿17﴾
قَالَ أَلَمْ نُرَبِّكَ فِينَا وَلِيدًا وَلَبِثْتَ فِينَا مِنْ عُمُرِكَ سِنِينَ ﴿18﴾ وَفَعَلْتَ فَعْلَتَكَ الَّتِي
فَعَلْتَ وَأَنتَ مِنَ الْكَافِرِينَ ﴿19﴾
قَالَ فَعَلْتُهَا إِذًا وَأَنَا مِنَ الضَّالِّينَ ﴿20﴾
فَفَرَرْتُ مِنكُمْ لَمَّا خِفْتُكُمْ فَوَهَبَ لِي رَبِّي حُكْمًا وَجَعَلَنِي
مِنَ الْمُرْسَلِينَ ﴿21﴾
وَتِلْكَ نِعْمَةٌ تَمُنُّهَا عَلَيَّ أَنْ عَبَّدتَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿22﴾ قَالَ فِرْعَوْنُ وَمَا رَبُّ
الْعَالَمِينَ ﴿23﴾ قَالَ رَبُّ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَمَا بَيْنَهُمَا إن كُنتُم مُّوقِنِينَ ﴿24﴾ قَالَ لِمَنْ حَوْلَهُ أَلَا
تَسْتَمِعُونَ ﴿25﴾ قَالَ
رَبُّكُمْ وَرَبُّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ ﴿26﴾
قَالَ إِنَّ رَسُولَكُمُ الَّذِي أُرْسِلَ إِلَيْكُمْ لَمَجْنُونٌ ﴿27﴾ قَالَ رَبُّ الْمَشْرِقِ
وَالْمَغْرِبِ وَمَا بَيْنَهُمَا إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ ﴿28﴾ قَالَ لَئِنِ اتَّخَذْتَ إِلَهًا غَيْرِي
لَأَجْعَلَنَّكَ مِنَ الْمَسْجُونِينَ ﴿29﴾
قَالَ أَوَلَوْ جِئْتُكَ بِشَيْءٍ مُّبِينٍ ﴿30﴾
قَالَ فَأْتِ بِهِ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿31﴾
فَأَلْقَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ ثُعْبَانٌ مُّبِينٌ ﴿32﴾
وَنَزَعَ يَدَهُ فَإِذَا هِيَ بَيْضَاء لِلنَّاظِرِينَ ﴿33﴾
قَالَ لِلْمَلَإِ حَوْلَهُ إِنَّ هَذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ ﴿34﴾ يُرِيدُ أَن يُخْرِجَكُم مِّنْ أَرْضِكُم
بِسِحْرِهِ فَمَاذَا تَأْمُرُونَ ﴿35﴾
قَالُوا أَرْجِهِ وَأَخَاهُ وَابْعَثْ فِي الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ ﴿36﴾ يَأْتُوكَ بِكُلِّ سَحَّارٍ
عَلِيمٍ ﴿37﴾ فَجُمِعَ
السَّحَرَةُ لِمِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ ﴿38﴾
وَقِيلَ لِلنَّاسِ هَلْ أَنتُم مُّجْتَمِعُونَ ﴿39﴾
لَعَلَّنَا نَتَّبِعُ السَّحَرَةَ إِن كَانُوا هُمُ الْغَالِبِينَ ﴿40﴾ فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالُوا
لِفِرْعَوْنَ أَئِنَّ لَنَا لَأَجْرًا إِن كُنَّا نَحْنُ الْغَالِبِينَ ﴿41﴾ قَالَ نَعَمْ وَإِنَّكُمْ إِذًا
لَّمِنَ الْمُقَرَّبِينَ ﴿42﴾
قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُوا مَا أَنتُم مُّلْقُونَ ﴿43﴾
فَأَلْقَوْا حِبَالَهُمْ وَعِصِيَّهُمْ وَقَالُوا بِعِزَّةِ فِرْعَوْنَ إِنَّا لَنَحْنُ
الْغَالِبُونَ ﴿44﴾ فَأَلْقَى
مُوسَى عَصَاهُ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ ﴿45﴾
فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ ﴿46﴾
قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿47﴾
رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ ﴿48﴾
قَالَ آمَنتُمْ لَهُ قَبْلَ أَنْ آذَنَ لَكُمْ إِنَّهُ لَكَبِيرُكُمُ الَّذِي
عَلَّمَكُمُ السِّحْرَ فَلَسَوْفَ تَعْلَمُونَ لَأُقَطِّعَنَّ أَيْدِيَكُمْ
وَأَرْجُلَكُم مِّنْ خِلَافٍ وَلَأُصَلِّبَنَّكُمْ أَجْمَعِينَ ﴿49﴾ قَالُوا لَا ضَيْرَ إِنَّا إِلَى
رَبِّنَا مُنقَلِبُونَ ﴿50﴾
إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَايَانَا أَن كُنَّا أَوَّلَ
الْمُؤْمِنِينَ ﴿51﴾
وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَسْرِ بِعِبَادِي إِنَّكُم مُّتَّبَعُونَ ﴿52﴾ فَأَرْسَلَ فِرْعَوْنُ فِي
الْمَدَائِنِ حَاشِرِينَ ﴿53﴾
إِنَّ هَؤُلَاء لَشِرْذِمَةٌ قَلِيلُونَ ﴿54﴾
وَإِنَّهُمْ لَنَا لَغَائِظُونَ ﴿55﴾
وَإِنَّا لَجَمِيعٌ حَاذِرُونَ ﴿56﴾
فَأَخْرَجْنَاهُم مِّن جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿57﴾
وَكُنُوزٍ وَمَقَامٍ كَرِيمٍ ﴿58﴾
كَذَلِكَ وَأَوْرَثْنَاهَا بَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿59﴾
فَأَتْبَعُوهُم مُّشْرِقِينَ ﴿60﴾
فَلَمَّا تَرَاءى الْجَمْعَانِ قَالَ أَصْحَابُ مُوسَى إِنَّا لَمُدْرَكُونَ ﴿61﴾ قَالَ كَلَّا إِنَّ مَعِيَ رَبِّي
سَيَهْدِينِ ﴿62﴾ فَأَوْحَيْنَا
إِلَى مُوسَى أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْبَحْرَ فَانفَلَقَ فَكَانَ كُلُّ فِرْقٍ
كَالطَّوْدِ الْعَظِيمِ ﴿63﴾
وَأَزْلَفْنَا ثَمَّ الْآخَرِينَ ﴿64﴾
وَأَنجَيْنَا مُوسَى وَمَن مَّعَهُ أَجْمَعِينَ ﴿65﴾
ثُمَّ أَغْرَقْنَا الْآخَرِينَ ﴿66﴾
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿67﴾ وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ
الرَّحِيمُ ﴿68﴾ وَاتْلُ
عَلَيْهِمْ نَبَأَ إِبْرَاهِيمَ ﴿69﴾
إِذْ قَالَ لِأَبِيهِ وَقَوْمِهِ مَا تَعْبُدُونَ ﴿70﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[1]


Taa, Siin, Miim.


[2]


Ini ialah ayat-ayat
Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata.



[3]


Jangan-jangan pula
engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita, kerana
mereka tidak menjadi orang-orang yang beriman.



[4]


Kalau Kami mahu,
tentulah Kami akan turunkan kepada mereka satu mukjizat dari langit, yang
menjadikan mereka tunduk kepadanya.



[5]


Dan tidak datang kepada
mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari (Allah) Ar-Rahman,
melainkan mereka tetap berpaling mengingkarinya.



[6]


Oleh kerana mereka
telah mendustakan Al-Quran, maka sudah tentu akan datang kepada mereka
berita-berita (azab) mengenai perkara yang mereka ejek-ejek itu.



[7]


Masihkah mereka
berdegil dan tidak memperhatikan bumi, berapa banyak kami tumbuhkan padanya
dari berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat?



[8]


Sesungguhnya pada
yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan dan rahmat
pengurniaan Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakan mereka tidak juga beriman.



[9]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad) Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.



[10]


Dan (ingatkanlah
peristiwa) ketika Tuhanmu menyeru Nabi Musa: "Hendaklah engkau mendatangi
kaum yang zalim, -



[11]


"Iaitu kaum
Firaun; tidakkah mereka mahu mengawal diri dari kemurkaanKu?"



[12]


Nabi Musa merayu
dengan berkata: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku takut bahawa mereka akan
mendustakan daku.



[13]


"Dan akan
sempit pula dadaku serta tidak lancar lidahku; oleh itu utuskanlah perintahMu
kepada Harun (supaya ia membantuku).



[14]


"Dan lagi
mereka ada mengemukakan satu tuduhan jenayah terhadapku; oleh itu aku takut
mereka akan membunuhku".



[15]


Allah berfirman:
"Jangan! Jangan fikir (akan berlaku apa yang engkau bimbangkan itu)! Oleh
itu pergilah kamu berdua membawa mukjizat-mukjizat Kami (yang membuktikan
kebenaran kamu); sesungguhnya Kami ada bersama-sama kamu: mendengar.



[16]


"Maka pergilah
kamu kepada Firaun, kemudian katakanlah kepadanya: sesungguhnya kami adalah
utusan Tuhan sekalian alam.



[17]


"Menyuruhmu
membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami".



[18]


Firaun menjawab:
"Bukankah kami telah memeliharamu dalam kalangan kami semasa engkau kanak-kanak
yang baharu lahir, serta engkau telah tinggal dalam kalangan kami beberapa
tahun dari umurmu?



[19]


"Dan (bukankah)
engkau telah melakukan satu perbuatan (jenayah) yang telah engkau lakukan dan
(dengan itu) engkau dari orang-orang yang tidak mengenang budi?"



[20]


Nabi Musa berkata:
"Aku melakukan perbuatan yang demikian sedang aku ketika itu dari
orang-orang yang belum mendapat petunjuk.



[21]


"Lalu aku
melarikan diri dari kamu, ketika aku merasa takut kepada kamu; kemudian Tuhanku
mengurniakan daku ilmu pengetahuan ugama, dan menjadikan daku seorang RasulNya.



[22]


"Dan budimu
memeliharaku yang engkau bangkit-bangkitkan itu adalah kerana engkau telah
bertindak memperhambakan kaum Bani Israil.



[23]


Firaun berkata
(dengan sombongnya): "Dan apa dia Tuhan sekalian alam itu?"



[24]


Nabi Musa menjawab.
"Dia lah yang memiliki dan mentadbirkan langit dan bumi serta segala yang
ada di antara keduanya, - kalaulah kamu mahu mendapat keyakinan dengan berdalil
maka inilah jalannya".



[25]


Firaun berkata
kepada orang-orang yang ada di sekelilingnya: "Tidakkah kamu dengar (apa
yang dikatakan olehnya)?"



[26]


Nabi Musa menegaskan
lagi: "Dia lah Tuhan yang memiliki dan memelihara kamu dan Tuhan datuk
nenek kamu yang telah lalu."



[27]


Firaun berkata
(kepada orang-orangnya): "Sebenarnya Rasul yang diutuskan kepada kamu ini,
sungguh gila?"



[28]


Nabi Musa
(menerangkan lagi tentang keesaan Allah dan kekuasaanNya dengan) berkata:
"Dia lah yang memiliki dan menguasai timur dan barat serta segala yang ada
di antara keduanya; kalau kamu orang-orang yang berakal tentulah
memahamiNya!"



[29]


Firaun berkata:
"Demi sesungguhnya! Jika engkau menyembah Tuhan yang lain daripadaku,
sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang-orang yang
dipenjarakan".



[30]


Nabi Musa menjawab:
"Adakah (engkau akan memenjarakan daku juga) walau pun aku membawa
kepadamu sesuatu bukti yang jelas nyata?"



[31]


Firaun berkata:
"Kalau demikian, bawalah bukti itu jika betul engkau dari orang-orang yang
benar".



[32]


Nabi Musa pun
mencampakkan tongkatnya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang
jelas nyata.



[33]


Dan ia mengeluarkan
tangannya, maka tiba-tiba tangannya menjadi putih (bersinar-sinar) bagi
orang-orang yang melihatnya.



[34]


Firaun berkata kepada
ketua-ketua kaum yang ada dikelilingnya: "Sesungguhnya orang ini (Musa)
ialah seorang ahli sihir yang mahir.



[35]


"Ia bertujuan
hendak mengeluarkan kamu dari negeri kamu dengan sihirnya, maka apa yang kamu
syorkan?"



[36]


Mereka berkata:
"Tangguhkanlah dahulu (sebarang tindakan) terhadapnya dan terhadap
saudaranya, serta hantarkanlah ke bandar-bandar (negeri Mesir) orang-orang yang
mengumpulkan (ahli-ahli sihir),



[37]


"Supaya mereka
membawa kepadamu segala ahli sihir yang mahir".



[38]


Lalu dikumpulkanlah
ahli-ahli sihir itu pada satu masa yang ditentukan, pada hari (perayaan) yang
termaklum.



[39]


Dan dikatakan kepada
orang ramai: "Berkumpulah kamu semuanya;.



[40]


"Semoga kita
(tetap) mengikut (ugama) ahli-ahli sihir itu kiranya merekalah orang-orang yang
menang".



[41]


Maka ketika
ahli-ahli sihir itu datang, berkatalah mereka kepada Firaun: "Benarkah
kami akan beroleh upah, kiranya kamilah orang-orang yang menang?"



[42]


Firaun menjawab:
"Benar, (kamu akan mendapatnya) dan sesungguhnya kamu dengan itu akan
menjadi dari orang-orang yang dekat kepadaku".



[43]


Nabi Musa berkata
kepada mereka: "Campakkanlah dahulu apa yang kamu hendak campakkan".



[44]


Lalu mereka
mencampakkan tali-tali dan tongkat-tongkat mereka sambil berkata: "Demi
kekuasaan Firaun, sesungguhnya sudah tetap kamilah orang-orang yang akan
menang".



[45]


Kemudian Nabi Musa
pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka
pura-pura adakan (dengan sihir mereka).



[46]


Maka (kemenangan
Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,



[47]


Sambil berkata:
"Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,



[48]


"Tuhan Nabi
Musa dan Nabi Harun".



[49]


Firaun berkata:
"Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya
dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan
mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan
kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".



[50]


Mereka menjawab:
"(Ugutanmu itu) tidaklah menjadi hal! Sesungguhnya kami (tidak gentar),
kerana kepada Tuhan kamilah kembalinya kami.



[51]


"Sesungguhnya
kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana
kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)".



[52]


(Allah berfirman):
Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah engkau membawa
hamba-hambaKu (kaummu) keluar pada waktu malam; sesungguhnya kamu akan dikejar
(oleh Firaun dan tenteranya)".



[53]


(Setelah mengetahui
keadaan itu) maka Firaun mengutus (orang-orangnya) ke bandar-bandar (negeri
Mesir), untuk mengumpulkan (tenteranya),



[54]


(Sambil berkata
kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang (Musa) itu adalah segolongan
kecil,



[55]


"Dan
sesungguhnya mereka melakukan perkara yang menyebabkan kita marah;.



[56]


"Dan
sesungguhnya kita sekalian, sentiasa beringat dan berjaga-jaga".



[57]


Dengan sebab itu
maka kami jadikan mereka (Firaun dan tenteranya) keluar meninggalkan
kebun-kebun dan matair,



[58]


Dan juga
khazanah-khazanah kekayaan serta tempat tinggal yang mulia.



[59]


Demikianlah
keadaannya; dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan tenteranya milik Bani
Israil sebagai pusaka.



[60]


Maka Firaun dan
tenteranya pun mengejar mereka ketika matahari terbit.



[61]


Setelah kedua-dua
kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa:
"Sesungguhnya kita akan dapat ditawan".



[62]


Nabi Musa menjawab:
"Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa
disertai oleh Tuhanku (dengan pemuliharaan dan pertolonganNya), Ia akan
menunjuk jalan kepadaku".



[63]


Lalu Kami wahyukan
kepada Nabi Musa: "Pukulah laut itu dengan tongkatmu". (Setelah
dipukul) maka terbelahlah laut itu (kepada beberapa bahagian), lalu menjadilah
air tiap-tiap bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.



[64]


Dan Kami dekatkan
golongan yang lain itu ke situ.



[65]


Dan Kami selamatkan
Nabi Musa serta orang-orang yang bersama dengannya, semuanya.



[66]


Kemudian Kami
tenggelamkan golongan yang lain (yang mengejarnya).



[67]


Sesungguhnya pada
peristiwa yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah); dan (dalam pada itu), kebanyakkan mereka tidak juga mahu beriman.



[68]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.



[69]


Dan bacakanlah pula
kepada mereka perihal Nabi Ibrahim.



[70]


Ketika ia berkata
kepada bapanya dan kaumnya: "Apa yang kamu sembah?"
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Empty
مُساهمةموضوع: رد: سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه   سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Emptyالخميس أغسطس 30, 2012 3:13 pm

قَالُوا نَعْبُدُ أَصْنَامًا فَنَظَلُّ لَهَا عَاكِفِينَ ﴿71﴾
قَالَ هَلْ يَسْمَعُونَكُمْ إِذْ تَدْعُونَ ﴿72﴾
أَوْ يَنفَعُونَكُمْ أَوْ يَضُرُّونَ ﴿73﴾
قَالُوا بَلْ وَجَدْنَا آبَاءنَا كَذَلِكَ يَفْعَلُونَ ﴿74﴾
قَالَ أَفَرَأَيْتُم مَّا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ ﴿75﴾
أَنتُمْ وَآبَاؤُكُمُ الْأَقْدَمُونَ ﴿76﴾
فَإِنَّهُمْ عَدُوٌّ لِّي إِلَّا رَبَّ الْعَالَمِينَ ﴿77﴾
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿78﴾
وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿79﴾
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ﴿80﴾
وَالَّذِي يُمِيتُنِي ثُمَّ يُحْيِينِ ﴿81﴾
وَالَّذِي أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِي خَطِيئَتِي يَوْمَ الدِّينِ ﴿82﴾ رَبِّ هَبْ لِي حُكْمًا
وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ ﴿83﴾
وَاجْعَل لِّي لِسَانَ صِدْقٍ فِي الْآخِرِينَ ﴿84﴾
وَاجْعَلْنِي مِن وَرَثَةِ جَنَّةِ النَّعِيمِ ﴿85﴾
وَاغْفِرْ لِأَبِي إِنَّهُ كَانَ مِنَ الضَّالِّينَ ﴿86﴾
وَلَا تُخْزِنِي يَوْمَ يُبْعَثُونَ ﴿87﴾
يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿88﴾
إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿89﴾
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ ﴿90﴾
وَبُرِّزَتِ الْجَحِيمُ لِلْغَاوِينَ ﴿91﴾
وَقِيلَ لَهُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ تَعْبُدُونَ ﴿92﴾
مِن دُونِ اللَّهِ هَلْ يَنصُرُونَكُمْ أَوْ يَنتَصِرُونَ ﴿93﴾ فَكُبْكِبُوا فِيهَا هُمْ وَالْغَاوُونَ ﴿94﴾ وَجُنُودُ إِبْلِيسَ أَجْمَعُونَ ﴿95﴾ قَالُوا وَهُمْ فِيهَا يَخْتَصِمُونَ
﴿96﴾ تَاللَّهِ إِن كُنَّا لَفِي
ضَلَالٍ مُّبِينٍ ﴿97﴾ إِذْ
نُسَوِّيكُم بِرَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿98﴾
وَمَا أَضَلَّنَا إِلَّا الْمُجْرِمُونَ ﴿99﴾
فَمَا لَنَا مِن شَافِعِينَ ﴿100﴾
وَلَا صَدِيقٍ حَمِيمٍ ﴿101﴾
فَلَوْ أَنَّ لَنَا كَرَّةً فَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿102﴾ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا
كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿103﴾
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿104﴾
كَذَّبَتْ قَوْمُ نُوحٍ الْمُرْسَلِينَ ﴿105﴾
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ نُوحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿106﴾
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ ﴿107﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿108﴾
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿109﴾ فَاتَّقُوا
اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿110﴾
قَالُوا أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الْأَرْذَلُونَ ﴿111﴾
قَالَ وَمَا عِلْمِي بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿112﴾
إِنْ حِسَابُهُمْ إِلَّا عَلَى رَبِّي لَوْ تَشْعُرُونَ ﴿113﴾
وَمَا أَنَا بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ ﴿114﴾
إِنْ أَنَا إِلَّا نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿115﴾
قَالُوا لَئِن لَّمْ تَنتَهِ يَا نُوحُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمَرْجُومِينَ ﴿116﴾ قَالَ رَبِّ إِنَّ قَوْمِي
كَذَّبُونِ ﴿117﴾ فَافْتَحْ
بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ فَتْحًا وَنَجِّنِي وَمَن مَّعِي مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿118﴾ فَأَنجَيْنَاهُ وَمَن مَّعَهُ فِي
الْفُلْكِ الْمَشْحُونِ ﴿119﴾
ثُمَّ أَغْرَقْنَا بَعْدُ الْبَاقِينَ ﴿120﴾
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿121﴾ وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ
الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿122﴾
كَذَّبَتْ عَادٌ الْمُرْسَلِينَ ﴿123﴾
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ هُودٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿124﴾
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ ﴿125﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿126﴾
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿127﴾ أَتَبْنُونَ
بِكُلِّ رِيعٍ آيَةً تَعْبَثُونَ ﴿128﴾
وَتَتَّخِذُونَ مَصَانِعَ لَعَلَّكُمْ تَخْلُدُونَ ﴿129﴾
وَإِذَا بَطَشْتُم بَطَشْتُمْ جَبَّارِينَ ﴿130﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿131﴾
وَاتَّقُوا الَّذِي أَمَدَّكُم بِمَا تَعْلَمُونَ ﴿132﴾
أَمَدَّكُم بِأَنْعَامٍ وَبَنِينَ ﴿133﴾
وَجَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿134﴾
إِنِّي أَخَافُ عَلَيْكُمْ عَذَابَ يَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿135﴾
قَالُوا سَوَاء عَلَيْنَا أَوَعَظْتَ أَمْ لَمْ تَكُن مِّنَ الْوَاعِظِينَ ﴿136﴾ إِنْ هَذَا إِلَّا خُلُقُ
الْأَوَّلِينَ ﴿137﴾ وَمَا نَحْنُ
بِمُعَذَّبِينَ ﴿138﴾
فَكَذَّبُوهُ فَأَهْلَكْنَاهُمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم
مُّؤْمِنِينَ ﴿139﴾ وَإِنَّ
رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿140﴾
[71]


Mereka menjawab:
"Kami menyembah berhala-berhala, maka (kerana memuliakannya) kami
berkekalan menyembahnya".



[72]


Nabi Ibrahim
bertanya: "Adakah berhala-berhala itu mendengar kamu semasa kamu
menyerunya?



[73]


"Atau mereka
dapat memberikan sesuatu yang ada manfaatnya kepada kamu ataupun menimpakan sesuatu
bahaya?"



[74]


Mereka menjawab:
"(Tidak satupun!) Bahkan kami dapati datuk nenek kami berbuat
demikian".



[75]


Nabi Ibrahim
berkata: "Sudahkah kamu berfikir sehingga nampak gunanya benda-benda yang
kamu sembah itu? -



[76]


"(Yang sekian lama
disembah oleh) kamu dan datuk nenek kamu yang dahulu?



[77]


"(Aku bertanya
demikian) kerana sesungguhnya berhala-berhala itu ialah musuhKu, (aku tidak
menyembah) melainkan Allah Tuhan sekalian alam;



[78]


"Tuhan yang
menciptakan daku (dari tiada kepada ada), maka Dia lah yang memimpin dan
memberi petunjuk kepadaku;



[79]


"Dan Tuhan yang
Dia lah jua memberiku makan dan memberi minum,



[80]


"Dan apabila
aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;



[81]


"Dan (Dia lah)
yang mematikan daku, kemudian Ia menghidupkan daku;



[82]


"Dan (Dia lah)
yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;



[83]


"Wahai Tuhanku,
berikanlah daku ilmu pengetahuan ugama, dan hubungkanlah daku dengan
orang-orang yang soleh;



[84]


"Dan jadikanlah
bagiku sebutan yang baik (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang
datang kemudian;



[85]


"Dan jadikanlah
daku dari orang-orang yang mewarisi Syurga Jannatun-Naiim;



[86]


"Dan
ampunkanlah bagi bapaku, kerana sesungguhnya ia adalah dari orang-orang yang
sesat;



[87]


"Dan janganlah
engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -



[88]


"Hari yang
padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu
apapun,



[89]


"Kecuali (harta
benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang
selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);



[90]


"Dan (pada hari
itu) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa,



[91]


"Dan
diperlihatkan neraka jelas nyata kepada orang-orang yang sesat;



[92]


"Serta dikatakan
kepada mereka: ` Mana dia benda-benda yang kamu sembah dahulu -



[93]


` Selain dari Allah?
Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong dirinya sendiri ? '



[94]


"Lalu mereka
dihumbankan ke dalam neraka dengan tertiarap, jatuh bangun berulang-ulang, -
mereka dan orang-orang yang sesat bersama,



[95]


"Termasuk juga
bala tentera iblis semuanya.



[96]


"Mereka
berkata, sambil bertengkar sesama sendiri dalam neraka:



[97]


" ` Demi Allah!
Sesungguhnya kami (semasa di dunia dahulu) adalah di dalam kesesatan yang jelas
nyata,



[98]


" ` Kerana kami
menyamakan kamu dengan Tuhan sekalian alam;



[99]


" ` Dan
tiadalah yang menyesatkan kami melainkan golongan yang berdosa.



[100]


" ` Dengan
sebab itu, tiadalah kami beroleh sesiapapun yang memberi pertolongan,



[101]


" ` Dan
tiadalah juga sahabat karib yang bertimbang rasa.



[102]


" ` Maka
alangkah baiknya kalau kami dapat ke dunia sekali lagi, supaya kami menjadi
dari orang-orang yang beriman. ' "



[103]


Sesungguhnya pada
peristiwa yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membukitkan keesaan Allah
dan kekuasaanNya); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu
beriman.



[104]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
mengasihani.



[105]


(Demikian juga) kaum
Nabi Nuh telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka.)



[106]


Ketika saudara
mereka - Nabi Nuh, berkata kepada mereka: " Hendaknya kamu mematuhi
suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.



[107]


"Sesungguhnya
aku ini ialah Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



[108]


" Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



[109]


"Dan aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



[110]


"Maka dengan
yang demikian, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah
kepadaku".



[111]


Mereka menjawab:
"Patutkah kami percaya kepadamu, sedang engkau semata-mata diikut oleh orang-orang
yang rendah (pangkatnya dan hina pekerjaannya)?"



[112]


Nabi Nuh berkata:
"Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan
mereka?



[113]


"Sebenarnya
hitungan amal mereka hanya terserah kepada Tuhanku; kalaulah kamu menyedari dan
memahaminya (kamu tidak berkata demikian).



[114]


"Dan aku tidak
akan menghalau orang-orang yang beriman (daripada bercampur-gaul denganku).



[115]


"Aku ini
hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata (kepada semua - tidak
kira hina mulia)".



[116]


Mereka (mengugut
dengan) berkata: "Jika engkau tidak mahu berhenti (daripada menyiarkan
ugamamu itu) wahai Nuh, sudah tentu engkau akan menjadi dari orang-orang yang
direjam!"



[117]


Nabi Nuh berdoa
dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Sesungguhnya kaumku telah mendustakan
daku.



[118]


"Oleh itu,
hukumkanlah antaraku dengan mereka, dengan hukuman tegas (yang menegakkan yang
benar dan melenyapkan yang salah), serta selamatkanlah daku dan orang-orang
yang beriman yang bersama-sama denganku"



[119]


Maka Kami selamatkan
dia dan orang-orang yang bersama-sama dengannya dalam bahtera yang penuh sarat
(dengan berbagai makhluk).



[120]


Kemudian daripada
itu, Kami tenggelamkan golongan (kafir) yang tinggal (tidak turut bersama dalam
bahtera).



[121]


Sesungguhnya pada peristiwa
yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan
dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



[122]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.



[123]


(Demikian juga) kaum
Aad telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).



[124]


Ketika saudara
mereka - Nabi Hud, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



[125]


"Sesungguhnya
aku ini seorang Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



[126]


"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



[127]


"Dan aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



[128]


"Patutkah kamu
mendirikan pada tiap-tiap tempat yang tinggi bangunan-bangunan yang tersergam,
padahal kamu tidak membuatnya dengan sesuatu tujuan yang baik.



[129]


"Dan kamu pula
bersusah payah mendirikan istana-istana dan benteng-benteng yang kukuh dengan
harapan hendak kekal hidup selama-lamanya?



[130]


"Dan apabila
kamu memukul atau menyeksa, kamu melakukan yang demikian dengan kejam bengis?



[131]


"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah dan taatlah kepadaku.



[132]


"Dan
berbaktilah kamu kepada Allah yang telah menolong kamu dengan pemberian
nikmat-nikmatNya yang kamu sedia mengetahuinya.



[133]


"Diberinya kamu
binatang-binatang ternak (yang biak) serta anak-pinak (yang ramai),



[134]


"Dan taman-taman
(yang indah permai) serta matair-matair (yang mengalir).



[135]


"Sesungguhnya
aku takut, (bahawa) kamu akan ditimpa azab seksa hari yang besar
(huru-haranya)".



[136]


Mereka menjawab:
"Sama sahaja bagi kami, sama ada engkau beri nasihat pengajaran, atau
engkau tidak menjadi dari orang-orang yang memberi nasihat pengajaran.



[137]


"Segala apa
(yang engkau katakan) ini, hanyalah adat kebiasaan orang-orang dahulu-kala,



[138]


"Dan kami pula
tidak akan diseksa".



[139]


Akhirnya mereka
mendustakan Rasul itu, lalu Kami binasakan mereka. Sesungguhnya pada peristiwa
yang demikian, terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan
dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



[140]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Empty
مُساهمةموضوع: رد: سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه   سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه Emptyالخميس أغسطس 30, 2012 3:14 pm

كَذَّبَتْ ثَمُودُ الْمُرْسَلِينَ ﴿141﴾
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ صَالِحٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿142﴾
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ ﴿143﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿144﴾
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿145﴾
أَتُتْرَكُونَ فِي مَا هَاهُنَا آمِنِينَ ﴿146﴾
فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿147﴾
وَزُرُوعٍ وَنَخْلٍ طَلْعُهَا هَضِيمٌ ﴿148﴾
وَتَنْحِتُونَ مِنَ الْجِبَالِ بُيُوتًا فَارِهِينَ ﴿149﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿150﴾
وَلَا تُطِيعُوا أَمْرَ الْمُسْرِفِينَ ﴿151﴾
الَّذِينَ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا يُصْلِحُونَ ﴿152﴾
قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ ﴿153﴾
مَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا فَأْتِ بِآيَةٍ إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿154﴾ قَالَ هَذِهِ نَاقَةٌ لَّهَا
شِرْبٌ وَلَكُمْ شِرْبُ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ ﴿155﴾
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوءٍ فَيَأْخُذَكُمْ عَذَابُ يَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿156﴾ فَعَقَرُوهَا فَأَصْبَحُوا
نَادِمِينَ ﴿157﴾ فَأَخَذَهُمُ
الْعَذَابُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿158﴾ وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ
الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿159﴾
كَذَّبَتْ قَوْمُ لُوطٍ الْمُرْسَلِينَ ﴿160﴾
إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ لُوطٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿161﴾
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ ﴿162﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿163﴾
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿164﴾ أَتَأْتُونَ
الذُّكْرَانَ مِنَ الْعَالَمِينَ ﴿165﴾
وَتَذَرُونَ مَا خَلَقَ لَكُمْ رَبُّكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُم بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ
عَادُونَ ﴿166﴾ قَالُوا لَئِن
لَّمْ تَنتَهِ يَا لُوطُ لَتَكُونَنَّ مِنَ الْمُخْرَجِينَ ﴿167﴾ قَالَ إِنِّي لِعَمَلِكُم مِّنَ
الْقَالِينَ ﴿168﴾ رَبِّ نَجِّنِي
وَأَهْلِي مِمَّا يَعْمَلُونَ ﴿169﴾
فَنَجَّيْنَاهُ وَأَهْلَهُ أَجْمَعِينَ ﴿170﴾
إِلَّا عَجُوزًا فِي الْغَابِرِينَ ﴿171﴾
ثُمَّ دَمَّرْنَا الْآخَرِينَ ﴿172﴾
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا فَسَاء مَطَرُ الْمُنذَرِينَ ﴿173﴾ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا
كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿174﴾
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿175﴾
كَذَّبَ أَصْحَابُ الْأَيْكَةِ الْمُرْسَلِينَ ﴿176﴾
إِذْ قَالَ لَهُمْ شُعَيْبٌ أَلَا تَتَّقُونَ ﴿177﴾
إِنِّي لَكُمْ رَسُولٌ أَمِينٌ ﴿178﴾
فَاتَّقُوا اللَّهَ وَأَطِيعُونِ ﴿179﴾
وَمَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ إِنْ أَجْرِيَ إِلَّا عَلَى رَبِّ
الْعَالَمِينَ ﴿180﴾ أَوْفُوا
الْكَيْلَ وَلَا تَكُونُوا مِنَ الْمُخْسِرِينَ ﴿181﴾
وَزِنُوا بِالْقِسْطَاسِ الْمُسْتَقِيمِ ﴿182﴾
وَلَا تَبْخَسُوا النَّاسَ أَشْيَاءهُمْ وَلَا تَعْثَوْا فِي الْأَرْضِ
مُفْسِدِينَ ﴿183﴾ وَاتَّقُوا
الَّذِي خَلَقَكُمْ وَالْجِبِلَّةَ الْأَوَّلِينَ ﴿184﴾
قَالُوا إِنَّمَا أَنتَ مِنَ الْمُسَحَّرِينَ ﴿185﴾
وَمَا أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ مِّثْلُنَا وَإِن نَّظُنُّكَ لَمِنَ الْكَاذِبِينَ ﴿186﴾ فَأَسْقِطْ عَلَيْنَا كِسَفًا
مِّنَ السَّمَاء إِن كُنتَ مِنَ الصَّادِقِينَ ﴿187﴾
قَالَ رَبِّي أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿188﴾
فَكَذَّبُوهُ فَأَخَذَهُمْ عَذَابُ يَوْمِ الظُّلَّةِ إِنَّهُ كَانَ عَذَابَ
يَوْمٍ عَظِيمٍ ﴿189﴾ إِنَّ فِي
ذَلِكَ لَآيَةً وَمَا كَانَ أَكْثَرُهُم مُّؤْمِنِينَ ﴿190﴾
وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿191﴾
وَإِنَّهُ لَتَنزِيلُ رَبِّ الْعَالَمِينَ ﴿192﴾
نَزَلَ بِهِ الرُّوحُ الْأَمِينُ ﴿193﴾
عَلَى قَلْبِكَ لِتَكُونَ مِنَ الْمُنذِرِينَ ﴿194﴾
بِلِسَانٍ عَرَبِيٍّ مُّبِينٍ ﴿195﴾
وَإِنَّهُ لَفِي زُبُرِ الْأَوَّلِينَ ﴿196﴾
أَوَلَمْ يَكُن لَّهُمْ آيَةً أَن يَعْلَمَهُ عُلَمَاء بَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿197﴾ وَلَوْ نَزَّلْنَاهُ عَلَى بَعْضِ
الْأَعْجَمِينَ ﴿198﴾ فَقَرَأَهُ
عَلَيْهِم مَّا كَانُوا بِهِ مُؤْمِنِينَ ﴿199﴾
كَذَلِكَ سَلَكْنَاهُ فِي قُلُوبِ الْمُجْرِمِينَ ﴿200﴾
لَا يُؤْمِنُونَ بِهِ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الْأَلِيمَ ﴿201﴾ فَيَأْتِيَهُم بَغْتَةً وَهُمْ
لَا يَشْعُرُونَ ﴿202﴾
فَيَقُولُوا هَلْ نَحْنُ مُنظَرُونَ ﴿203﴾
أَفَبِعَذَابِنَا يَسْتَعْجِلُونَ ﴿204﴾
أَفَرَأَيْتَ إِن مَّتَّعْنَاهُمْ سِنِينَ ﴿205﴾
ثُمَّ جَاءهُم مَّا كَانُوا يُوعَدُونَ ﴿206﴾
مَا أَغْنَى عَنْهُم مَّا كَانُوا يُمَتَّعُونَ ﴿207﴾
وَمَا أَهْلَكْنَا مِن قَرْيَةٍ إِلَّا لَهَا مُنذِرُونَ ﴿208﴾
ذِكْرَى وَمَا كُنَّا ظَالِمِينَ ﴿209﴾
وَمَا تَنَزَّلَتْ بِهِ الشَّيَاطِينُ ﴿210﴾
وَمَا يَنبَغِي لَهُمْ وَمَا يَسْتَطِيعُونَ ﴿211﴾
إِنَّهُمْ عَنِ السَّمْعِ لَمَعْزُولُونَ ﴿212﴾
فَلَا تَدْعُ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَتَكُونَ مِنَ الْمُعَذَّبِينَ ﴿213﴾ وَأَنذِرْ عَشِيرَتَكَ
الْأَقْرَبِينَ ﴿214﴾ وَاخْفِضْ
جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿215﴾
فَإِنْ عَصَوْكَ فَقُلْ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ ﴿216﴾ وَتَوَكَّلْ عَلَى الْعَزِيزِ
الرَّحِيمِ ﴿217﴾ الَّذِي يَرَاكَ
حِينَ تَقُومُ ﴿218﴾ وَتَقَلُّبَكَ
فِي السَّاجِدِينَ ﴿219﴾ إِنَّهُ
هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿220﴾
هَلْ أُنَبِّئُكُمْ عَلَى مَن تَنَزَّلُ الشَّيَاطِينُ ﴿221﴾
تَنَزَّلُ عَلَى كُلِّ أَفَّاكٍ أَثِيمٍ ﴿222﴾
يُلْقُونَ السَّمْعَ وَأَكْثَرُهُمْ كَاذِبُونَ ﴿223﴾
وَالشُّعَرَاء يَتَّبِعُهُمُ الْغَاوُونَ ﴿224﴾
أَلَمْ تَرَ أَنَّهُمْ فِي كُلِّ وَادٍ يَهِيمُونَ ﴿225﴾
وَأَنَّهُمْ يَقُولُونَ مَا لَا يَفْعَلُونَ ﴿226﴾
إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَذَكَرُوا اللَّهَ كَثِيرًا
وَانتَصَرُوا مِن بَعْدِ مَا ظُلِمُوا وَسَيَعْلَمُ الَّذِينَ ظَلَمُوا أَيَّ
مُنقَلَبٍ يَنقَلِبُونَ ﴿227﴾




[141]


(Demikian juga) kaum
Thamud telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka),



[142]


Ketika saudara
mereka - Nabi Soleh, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



[143]


"Sesungguhnya
aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



[144]


"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



[145]


"Dan aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
Tuhanku), balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



[146]


"Adakah (kamu
fikir), bahawa kamu akan dibiarkan sentiasa bersenang-senang dalam
nikmat-nikmat yang ada di dunia ini? -



[147]


"Di dalam
taman-taman (yang indah permai), dan matair-matair (yang mengalir),



[148]


"Dan
kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus
lembut?



[149]


"Dan kamu
memahat sebahagian dari gunung-ganang sebagai tempat tinggal - dengan bijak dan
bersungguh-sungguh?



[150]


"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku;



[151]


"Dan janganlah
kamu taati perintah orang-orang yang melampaui batas, -



[152]


"Iaitu
orang-orang yang melakukan kerosakan di bumi dan tidak membuat kebaikan".



[153]


Mereka menjawab:
"Sesungguhnya engkau ini hanyalah salah seorang dari golongan yang kena
sihir!



[154]


"Engkau
hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda
(mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar".



[155]


Nabi Soleh berkata:
"Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air
kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari, dan bahagian kamu sehari,
menurut giliran yang tertentu.



[156]


"Dan janganlah
kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya)
maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar
(huru-haranya)".



[157]


Akhirnya mereka
menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan
bala bencana).



[158]


Lalu mereka ditimpa
azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu
tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka
tidak juga mahu beriman.



[159]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.



[160]


(Demikian juga) kaum
Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).



[161]


Ketika saudara
mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi
perintah Allah dan menjauhi laranganNya.



[162]


"Sesungguhnya
aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



[163]


"Oleh itu,
takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



[164]


"Dan aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku);
balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



[165]


"Patutkah kamu
melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,



[166]


"Dan kamu
tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan
yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah)
bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan
haiwan)!"



[167]


Mereka menjawab:
"Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan
menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"



[168]


Nabi Lut berkata:
"Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji
itu".



[169]


(Nabi Lut berdoa):
"Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku
dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."



[170]


Maka Kami selamatkan
dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya



[171]


Kecuali seorang
perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.



[172]


Kemudian Kami
hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).



[173]


Dan Kami hujani
mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab
yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.



[174]


Sesungguhnya
peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



[175]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.



[176]


(Demikian juga)
penduduk "Aikah" telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada
mereka).



[177]


Ketika Nabi Syuaib
berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan
menjauhi laranganNya.



[178]


"Sesungguhnya
aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.



[179]


"Oleh itu, takutilah
kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.



[180]


"Dan aku tidak
meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari
Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.



[181]


"Hendaklah kamu
menyempurnakan sukatan cupak-gantang, dan janganlah kamu menjadi golongan yang
merugikan orang lain.



[182]


"Dan timbanglah
dengan neraca yang betul timbangannya.



[183]


"Dan janganlah
kamu mengurangi hak-hak orang ramai, dan janganlah kamu bermaharajalela
melakukan kerosakan di bumi.



[184]


"Dan
(sebaliknya) berbaktilah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dan umat-umat
yang telah lalu".



[185]


Mereka menjawab:
"Sesungguhnya engkau ini (hai Syuaib) hanyalah salah seorang dari golongan
yang kena sihir.



[186]


"Dan engkau
hanyalah seorang manusia seperti kami; dan sesungguhnya kami fikir engkau ini
dari orang-orang yang dusta.



[187]


Oleh itu,
gugurkanlah atas kami ketul-ketul (yang membinasakan) dari langit, jika betul
engkau dari orang-orang yang benar!"



[188]


Nabi Syuaib berkata:
"Tuhanku lebih mengetahui akan apa yang kamu lakukan".



[189]


Maka mereka tetap
juga mendustakannya, lalu mereka ditimpa azab seksa hari awan mendung;
sesungguhnya kejadian itu adalah merupakan azab seksa hari yang amat besar -
(huru-haranya).



[190]


Sesungguhnya
peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan
Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.



[191]


Dan sesungguhnya
Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha
Mengasihani.



[192]


Dan sesungguhnya
Al-Quran (yang di antara isinya kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan
oleh Allah Tuhan sekalian alam.



[193]


Ia dibawa turun oleh
malaikat Jibril yang amanah.



[194]


Ke dalam hatimu, supaya
engkau (wahai Muhammad) menjadi seorang dari pemberi-pemberi ajaran dan amaran
(kepada umat manusia).



[195]


(Ia diturunkan)
dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.



[196]


Dan sesungguhnya
Al-Quran (tersebut juga perihalnya dan sebahagian dari
pengajaran-pengajarannya) di dalam Kitab-kitab ugama orang-orang yang telah
lalu.



[197]


(Tidakkah mereka
yang musyrik sedarkan kebenaran itu) dan tidakkah menjadi satu keterangan
kepada mereka bahawa pendita-pendita ugama Bani lsrail mengetahui akan kebenaran
Al-Quran itu?



[198]


Dan sekiranya Kami
turunkan Al-Quran kepada setengah orang yang bukan Arab, yang tidak tahu
membaca Arab,



[199]


Kemudian ia
(dikurniakan Tuhan dapat) membacakannya kepada mereka, mereka tetap juga tidak mahu
percayakan bacaan itu daripada Tuhan.



[200]


Demikianlah Kami
masukkan perasaan (kufur ingkar) itu ke dalam hati orang-orang yang melakukan
dosa - tidak percayakan Al-Quran.



[201]


Mereka tidak beriman
kepada Al-Quran sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya,



[202]


Lalu azab itu datang
menimpa mereka secara mengejut, dengan tidak mereka menyedarinya.



[203]


Maka (pada saat itu)
mereka akan berkata (dengan menyesal): "Dapatkah kiranya kami diberi
tempoh?"



[204]


(Kalaulah demikian
keadaan mereka) maka patutkah mereka meminta disegerakan azab Kami?



[205]


Bagaimana fikiranmu
(wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun,



[206]


Kemudian mereka
didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka,



[207]


(Tentulah) kesenangan
yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang
pertolongan.



[208]


Dan tiadalah Kami
membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah
diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran.



[209]


Memperingatkan
mereka; dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim.



[210]


Dan Al-Quran itu
pula tidak sekali-kali dibawa turun oleh Syaitan-syaitan.



[211]


Dan tidak layak bagi
Syaitan-syaitan itu berbuat demikian, dan mereka juga tidak akan dapat
melakukannya.



[212]


Sesungguhnya mereka
dihalang sama sekali daripada mendengar wahyu yang dibawa oleh Malaikat.



[213]


Maka janganlah
engkau (wahai Muhammad) menyembah tuhan yang lain bersama-sama Allah, akibatnya
engkau akan menjadi dari golongan yang dikenakan azab seksa.



[214]


Dan berilah
peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.



[215]


Dan hendaklah engkau
merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.



[216]


Kemudian jika mereka
berlaku ingkar kepadamu, maka katakanlah: "Sesungguhnya aku berlepas diri
dari apa yang kamu lakukan!"



[217]


Dan berserahlah
kepada Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani,



[218]


Yang melihatmu
semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang),



[219]


Dan (melihat)
gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud.



[220]


Sesungguhnya Dia lah
jua yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.



[221]


Mahukah, Aku
khabarkan kepada kamu, kepada siapakah Syaitan-syaitan itu selalu turun?



[222]


Mereka selalu turun
kepada tiap-tiap pendusta yang berdosa,



[223]


Yang mendengar
bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh Syaitan-syaitan itu), sedang
kebanyakan beritanya adalah dusta.



[224]


Dan Ahli-ahli syair
itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala.



[225]


Tidakkah engkau
melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam
tiap-tiap lembah (khayal dan angan-angan kosong)?



[226]


Dan bahawa mereka
memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?



[227]


Kecuali orang-orang
yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka
pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka
dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan
mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
 
سورة الشعراء-ترجمه ماليزيه
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» سورة الشعراء-ترجمه هنديه
»  سورة الشعراء باللغة العربية و الانجليزية و الفرنسية
» طه-ترجمه ماليزيه
» هود-ترجمه ماليزيه
» ترجمه للإنجليزيه........سورة الفلق - سورة 113 - عدد آياتها 5

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
منتدى القفطان المغربي :: منتدى اللغــــــات :: قسم اللغه العربيه وقواعدها :: قسم ترجمة القرآن الكريم-
انتقل الى: