منتدى القفطان المغربي
السجده-مترجم ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
السجده-مترجم ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

منتدى القفطان المغربي

اهلا وسهلا بكـٍ يا فى
https://caftandumaroc.forummaroc.net اخر زياره لكـ كانت فى

 
الرئيسيةالبوابةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 السجده-مترجم ماليزي

اذهب الى الأسفل 
2 مشترك
كاتب الموضوعرسالة
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

السجده-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: السجده-مترجم ماليزي   السجده-مترجم ماليزي Emptyالخميس أغسطس 30, 2012 3:26 pm

﴿
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴾


الم
﴿1﴾ تَنزِيلُ الْكِتَابِ لَا
رَيْبَ فِيهِ مِن رَّبِّ الْعَالَمِينَ ﴿2﴾
أَمْ يَقُولُونَ افْتَرَاهُ بَلْ هُوَ الْحَقُّ مِن رَّبِّكَ لِتُنذِرَ قَوْمًا مَّا
أَتَاهُم مِّن نَّذِيرٍ مِّن قَبْلِكَ لَعَلَّهُمْ يَهْتَدُونَ ﴿3﴾ اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى
عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا
تَتَذَكَّرُونَ ﴿4﴾ يُدَبِّرُ
الْأَمْرَ مِنَ السَّمَاء إِلَى الْأَرْضِ ثُمَّ يَعْرُجُ إِلَيْهِ فِي يَوْمٍ
كَانَ مِقْدَارُهُ أَلْفَ سَنَةٍ مِّمَّا تَعُدُّونَ ﴿5﴾
ذَلِكَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْعَزِيزُ الرَّحِيمُ ﴿6﴾ الَّذِي أَحْسَنَ كُلَّ شَيْءٍ
خَلَقَهُ وَبَدَأَ خَلْقَ الْإِنسَانِ مِن طِينٍ ﴿7﴾
ثُمَّ جَعَلَ نَسْلَهُ مِن سُلَالَةٍ مِّن مَّاء مَّهِينٍ ﴿8﴾ ثُمَّ سَوَّاهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِ
وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ قَلِيلًا مَّا
تَشْكُرُونَ ﴿9﴾ وَقَالُوا
أَئِذَا ضَلَلْنَا فِي الْأَرْضِ أَئِنَّا لَفِي خَلْقٍ جَدِيدٍ بَلْ هُم بِلِقَاء
رَبِّهِمْ كَافِرُونَ ﴿10﴾ قُلْ
يَتَوَفَّاكُم مَّلَكُ الْمَوْتِ الَّذِي وُكِّلَ بِكُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّكُمْ
تُرْجَعُونَ ﴿11﴾ وَلَوْ تَرَى
إِذِ الْمُجْرِمُونَ نَاكِسُو رُؤُوسِهِمْ عِندَ رَبِّهِمْ رَبَّنَا أَبْصَرْنَا
وَسَمِعْنَا فَارْجِعْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا إِنَّا مُوقِنُونَ ﴿12﴾ وَلَوْ شِئْنَا لَآتَيْنَا كُلَّ
نَفْسٍ هُدَاهَا وَلَكِنْ حَقَّ الْقَوْلُ مِنِّي لَأَمْلَأَنَّ جَهَنَّمَ مِنَ
الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ ﴿13﴾
فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاء يَوْمِكُمْ هَذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ وَذُوقُوا
عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿14﴾
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا
وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
سجدة واجبة ﴿15﴾ تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ
الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنفِقُونَ ﴿16﴾ فَلَا تَعْلَمُ
نَفْسٌ مَّا أُخْفِيَ لَهُم مِّن قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاء بِمَا كَانُوا
يَعْمَلُونَ ﴿17﴾ أَفَمَن كَانَ مُؤْمِنًا
كَمَن كَانَ فَاسِقًا لَّا يَسْتَوُونَ ﴿18﴾
أَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ فَلَهُمْ جَنَّاتُ الْمَأْوَى
نُزُلًا بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿19﴾
وَأَمَّا الَّذِينَ فَسَقُوا فَمَأْوَاهُمُ النَّارُ كُلَّمَا أَرَادُوا أَن
يَخْرُجُوا مِنْهَا أُعِيدُوا فِيهَا وَقِيلَ لَهُمْ ذُوقُوا عَذَابَ النَّارِ
الَّذِي كُنتُم بِهِ تُكَذِّبُونَ ﴿20﴾
وَلَنُذِيقَنَّهُمْ مِنَ الْعَذَابِ الْأَدْنَى دُونَ الْعَذَابِ الْأَكْبَرِ
لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ ﴿21﴾
وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن ذُكِّرَ بِآيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا
مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنتَقِمُونَ ﴿22﴾
وَلَقَدْ آتَيْنَا مُوسَى الْكِتَابَ فَلَا تَكُن فِي مِرْيَةٍ مِّن لِّقَائِهِ
وَجَعَلْنَاهُ هُدًى لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ ﴿23﴾
وَجَعَلْنَا مِنْهُمْ أَئِمَّةً يَهْدُونَ بِأَمْرِنَا لَمَّا صَبَرُوا وَكَانُوا
بِآيَاتِنَا يُوقِنُونَ ﴿24﴾
إِنَّ رَبَّكَ هُوَ يَفْصِلُ بَيْنَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كَانُوا فِيهِ
يَخْتَلِفُونَ ﴿25﴾ أَوَلَمْ
يَهْدِ لَهُمْ كَمْ أَهْلَكْنَا مِن قَبْلِهِم مِّنَ الْقُرُونِ يَمْشُونَ فِي
مَسَاكِنِهِمْ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآيَاتٍ أَفَلَا يَسْمَعُونَ ﴿26﴾ أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَسُوقُ
الْمَاء إِلَى الْأَرْضِ الْجُرُزِ فَنُخْرِجُ بِهِ زَرْعًا تَأْكُلُ مِنْهُ
أَنْعَامُهُمْ وَأَنفُسُهُمْ أَفَلَا يُبْصِرُونَ ﴿27﴾
وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْفَتْحُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿28﴾ قُلْ يَوْمَ الْفَتْحِ لَا يَنفَعُ
الَّذِينَ كَفَرُوا إِيمَانُهُمْ وَلَا هُمْ يُنظَرُونَ ﴿29﴾
فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ وَانتَظِرْ إِنَّهُم مُّنتَظِرُونَ ﴿30﴾

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[1]


Alif, Laam Miim.


[2]


Diturunkan Al-Quran
ini, dengan tidak ada sebarang syak padanya, dari Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
sekalian alam.



[3]


(Orang-orang kafir
tidak mengakui hakikat yang demikian) bahkan mereka mengatakan: "Dia lah
(Muhammad) yang mengada-adakan Al-Quran menurut rekaannya". (Dakwaan
mereka itu tidaklah benar) bahkan Al-Quran ialah perkara yang benar dari
Tuhanmu (wahai Muhammad), supaya engkau memberi ingatan dan amaran kepada kaum
(mu) yang telah lama tidak didatangi sebarang pemberi ingatan dan amaran
sebelummu, semoga mereka beroleh hidayah petunjuk.



[4]


Allah Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya dalam enam
masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; kamu tidak akan beroleh sebarang
penolong dan pemberi syafaat selain dari Allah; oleh itu tidakkah kamu mahu
insaf dan mengambil iktibar (untuk mencapai keredaanNya)?



[5]


Allah mentadbirkan
makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu Ia menurunkan segala sebab
dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada
pengetahuanNya (segala yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya)
pada suatu masa yang (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) banyak bilangan
tahunnya menurut hitungan masa kamu yang biasa.



[6]


Yang demikian
sifatnya ialah Tuhan yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata;
Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani;



[7]


Yang menciptakan
tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia
berasal dari tanah;



[8]


Kemudian Ia
menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, iaitu dari air (benih) yang
sedikit dipandang orang;



[9]


Kemudian Ia
menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: roh ciptaanNya. Dan Ia
mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran),
(supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.



[10]


Dan mereka (yang
kafir) itu berkata: "Adakah apabila kami telah hilang lenyap dalam tanah,
kami pula akan hidup semula dalam bentuk kejadian yang baharu? Betulkah
demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula)
bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan dengan Tuhannya.



[11]


Katakanlah (wahai
Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil Maut yang ditugaskan
berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada
Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".



[12]


Dan (sungguh ngeri)
sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan
kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu):
"Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan
sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah
kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami
sekarang telah yakin".



[13]


Dan (bagi menolak
rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan
persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada
tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami
berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum
masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi
telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka
Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha
untuk beriman dan beramal soleh)".



[14]


(Lalu dikatakan
kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana
kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan
keselamatan kamu lagi; dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan".



[15]


Sesungguhnya yang
sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang
yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka
segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan
lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak
bersikap sombong takbur.



[16]


Mereka merenggangkan
diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan sembahyang
tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredaanNya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka.



[17]


Maka tidak ada
seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan
untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan
mengembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan.



[18]


(Jika demikian
halnya) maka adakah orang yang beriman sama seperti orang yang fasik? Mereka
tidaklah sama (dalam menerima balasan).



[19]


Adapun orang-orang
yang beriman dan beramal soleh, maka mereka akan beroleh Syurga tempat tinggal
yang tetap sebagai balasan bagi apa yang mereka telah kerjakan.



[20]


Dan sebaliknya orang-orang
yang fasik, maka tempat kediaman mereka ialah neraka; tiap-tiap kali mereka
hendak keluar dari neraka itu, mereka dikembalikan kepadanya, serta dikatakan
kepada mereka: "Rasalah azab neraka yang kamu sentiasa mendustakannya di
dunia dahulu".



[21]


Dan demi
sesungguhnya, Kami akan merasakan mereka sedikit dari azab dunia sebelum azab
yang besar (di akhirat kelak), supaya mereka rujuk kembali bertaubat.



[22]


Dan tidaklah ada
yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya,
kemudian ia berpaling daripadanya (dan tetap mengingkarinya); sesungguhnya Kami
tetap membalas.



[23]


Dan demi
sesungguhnya! Kami telah memberi kepada Nabi Musa Kitab Taurat (sebagaimana
Kami berikan Al-Quran kepadamu wahai Muhammad), maka janganlah engkau ragu-ragu
menyambut dan menerimanya; dan Kami jadikan Kitab Taurat itu hidayah penunjuk
bagi kaum Bani Israil.



[24]


Dan Kami jadikan
dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada
hukum ugama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu)
serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami.



[25]


(Pertentangan di
antara satu golongan dengan yang lain itu) sesungguhnya Tuhanmu sahajalah yang
akan memutuskan hukumNya di antara mereka pada hari kiamat, mengenai apa yang
mereka berselisihan padanya.



[26]


Dan belumkah lagi
ternyata kepada mereka (yang kafir itu): bahawa Kami telah binasakan berapa
banyak dari kaum-kaum yang kufur ingkar dahulu daripada mereka, padahal mereka
sekarang berulang-alik melalui tempat-tempat tinggal kaum-kaum itu?
Sesungguhnya kebinasaan kaum-kaum itu mengandungi keterangan-keterangan (untuk
mengambil iktibar); oleh itu tidakkah mereka mahu mendengar (dan insaf)?



[27]


Dan tidakkah mereka
(yang tidak mahu taat dan bersyukur) itu melihat bahawasanya Kami mengarahkan
turunnya hujan ke bumi yang kering kontang, lalu Kami tumbuhkan dengan air
hujan itu tanaman-tanaman, yang daripadanya dimakan oleh binatang-binatang
ternak mereka dan mereka sendiri? Maka mengapa mereka tidak mahu memerhati
(semuanya itu supaya taat dan bersyukur)?



[28]


Dan mereka bertanya:
"Bilakah datangnya hari pembukaan bicara yang dikatakan itu jika betul
kamu orang-orang yang benar?"



[29]


Katakanlah (wahai
Muhammad): "(Tidak perlu diketahui masa datangnya tetapi mesti dipercayai
bahawa) pada hari pembukaan bicara itu, tidak ada gunanya lagi kepada
orang-orang kafir kiranya mereka hendak beriman, dan mereka pula tidak akan
diberi tempoh (berbuat demikian)".



[30]


Oleh itu, janganlah
engkau hiraukan mereka, dan tunggulah (kesudahan mereka), sesungguhnya mereka
pun menunggu (kesudahanmu).


الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
روعة المنتدى
نائبة المديرة
نائبة المديرة
روعة المنتدى


sms sms :

اللهم اجعل حضوري في قلوب الناس
كـ المطر يبعث الربيع ويسقي العطشى

الجنس : انثى
العذراء
عدد المساهمات : 35966
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : بين من اختارهم قلبي
العمل/الترفيه : مشرفه سابقا قسم الحمل والولاده والاستشارات الطبيه
المزاج : هادئة جدا.

السجده-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: السجده-مترجم ماليزي   السجده-مترجم ماليزي Emptyالخميس أغسطس 30, 2012 8:33 pm

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذه الصورة]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

السجده-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: السجده-مترجم ماليزي   السجده-مترجم ماليزي Emptyالسبت سبتمبر 01, 2012 10:15 am

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذه الصورة]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
 
السجده-مترجم ماليزي
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» نوح-مترجم ماليزي
» عبس-مترجم ماليزي
» سبأ-مترجم ماليزي
» يس-مترجم ماليزي
» ص-مترجم ماليزي

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
منتدى القفطان المغربي :: منتدى اللغــــــات :: قسم اللغه العربيه وقواعدها :: قسم ترجمة القرآن الكريم-
انتقل الى: