منتدى القفطان المغربي
الصافات-مترجم ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
الصافات-مترجم ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

منتدى القفطان المغربي

اهلا وسهلا بكـٍ يا فى
https://caftandumaroc.forummaroc.net اخر زياره لكـ كانت فى

 
الرئيسيةالبوابةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 الصافات-مترجم ماليزي

اذهب الى الأسفل 
كاتب الموضوعرسالة
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

الصافات-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: الصافات-مترجم ماليزي   الصافات-مترجم ماليزي Emptyالجمعة أغسطس 31, 2012 8:28 am

﴿ بِسْمِ
اللّهِ
الرَّحْمَنِ
الرَّحِيمِ


وَالصَّافَّاتِ صَفًّا
﴿1 فَالزَّاجِرَاتِ
زَجْرًا
﴿2 فَالتَّالِيَاتِ
ذِكْرًا
﴿3 إِنَّ
إِلَهَكُمْ
لَوَاحِدٌ
﴿4 رَبُّ
السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ
وَمَا
بَيْنَهُمَا
وَرَبُّ
الْمَشَارِقِ
﴿5 إِنَّا
زَيَّنَّا
السَّمَاء
الدُّنْيَا
بِزِينَةٍ
الْكَوَاكِبِ
﴿6 وَحِفْظًا
مِّن
كُلِّ
شَيْطَانٍ
مَّارِدٍ
﴿7 لَا
يَسَّمَّعُونَ
إِلَى
الْمَلَإِ
الْأَعْلَى
وَيُقْذَفُونَ
مِن
كُلِّ
جَانِبٍ
﴿8 دُحُورًا
وَلَهُمْ
عَذَابٌ
وَاصِبٌ
﴿9 إِلَّا
مَنْ
خَطِفَ
الْخَطْفَةَ
فَأَتْبَعَهُ
شِهَابٌ
ثَاقِبٌ
﴿10 فَاسْتَفْتِهِمْ
أَهُمْ
أَشَدُّ
خَلْقًا
أَم
مَّنْ
خَلَقْنَا
إِنَّا
خَلَقْنَاهُم
مِّن
طِينٍ
لَّازِبٍ
﴿11 بَلْ
عَجِبْتَ
وَيَسْخَرُونَ
﴿12 وَإِذَا
ذُكِّرُوا
لَا
يَذْكُرُونَ
﴿13 وَإِذَا
رَأَوْا
آيَةً
يَسْتَسْخِرُونَ
﴿14 وَقَالُوا
إِنْ
هَذَا
إِلَّا
سِحْرٌ
مُّبِينٌ
﴿15 أَئِذَا
مِتْنَا
وَكُنَّا
تُرَابًا
وَعِظَامًا
أَئِنَّا
لَمَبْعُوثُونَ
﴿16 أَوَآبَاؤُنَا
الْأَوَّلُونَ
﴿17 قُلْ
نَعَمْ
وَأَنتُمْ
دَاخِرُونَ
﴿18 فَإِنَّمَا
هِيَ
زَجْرَةٌ
وَاحِدَةٌ
فَإِذَا
هُمْ
يَنظُرُونَ
﴿19 وَقَالُوا
يَا
وَيْلَنَا
هَذَا
يَوْمُ
الدِّينِ
﴿20 هَذَا
يَوْمُ
الْفَصْلِ
الَّذِي
كُنتُمْ
بِهِ
تُكَذِّبُونَ
﴿21 احْشُرُوا
الَّذِينَ
ظَلَمُوا
وَأَزْوَاجَهُمْ
وَمَا
كَانُوا
يَعْبُدُونَ
﴿22 مِن
دُونِ
اللَّهِ
فَاهْدُوهُمْ
إِلَى
صِرَاطِ
الْجَحِيمِ
﴿23 وَقِفُوهُمْ
إِنَّهُم
مَّسْئُولُونَ
﴿24 مَا
لَكُمْ
لَا
تَنَاصَرُونَ
﴿25 بَلْ
هُمُ
الْيَوْمَ
مُسْتَسْلِمُونَ
﴿26 وَأَقْبَلَ
بَعْضُهُمْ
عَلَى
بَعْضٍ
يَتَسَاءلُونَ
﴿27 قَالُوا
إِنَّكُمْ
كُنتُمْ
تَأْتُونَنَا
عَنِ
الْيَمِينِ
﴿28 قَالُوا
بَل
لَّمْ
تَكُونُوا
مُؤْمِنِينَ
﴿29 وَمَا
كَانَ
لَنَا
عَلَيْكُم
مِّن
سُلْطَانٍ
بَلْ
كُنتُمْ
قَوْمًا
طَاغِينَ
﴿30 فَحَقَّ
عَلَيْنَا
قَوْلُ
رَبِّنَا
إِنَّا
لَذَائِقُونَ
﴿31 فَأَغْوَيْنَاكُمْ
إِنَّا
كُنَّا
غَاوِينَ
﴿32 فَإِنَّهُمْ
يَوْمَئِذٍ
فِي
الْعَذَابِ
مُشْتَرِكُونَ
﴿33 إِنَّا
كَذَلِكَ
نَفْعَلُ
بِالْمُجْرِمِينَ
﴿34 إِنَّهُمْ
كَانُوا
إِذَا
قِيلَ
لَهُمْ
لَا
إِلَهَ
إِلَّا
اللَّهُ
يَسْتَكْبِرُونَ
﴿35 وَيَقُولُونَ
أَئِنَّا
لَتَارِكُوا
آلِهَتِنَا
لِشَاعِرٍ
مَّجْنُونٍ
﴿36 بَلْ
جَاء
بِالْحَقِّ
وَصَدَّقَ
الْمُرْسَلِينَ
﴿37 إِنَّكُمْ
لَذَائِقُو
الْعَذَابِ
الْأَلِيمِ
﴿38 وَمَا
تُجْزَوْنَ
إِلَّا
مَا
كُنتُمْ
تَعْمَلُونَ
﴿39 إِلَّا
عِبَادَ
اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ
﴿40 أُوْلَئِكَ
لَهُمْ
رِزْقٌ
مَّعْلُومٌ
﴿41 فَوَاكِهُ
وَهُم
مُّكْرَمُونَ
﴿42 فِي
جَنَّاتِ
النَّعِيمِ
﴿43 عَلَى
سُرُرٍ
مُّتَقَابِلِينَ
﴿44 يُطَافُ
عَلَيْهِم
بِكَأْسٍ
مِن
مَّعِينٍ
﴿45 بَيْضَاء
لَذَّةٍ
لِّلشَّارِبِينَ
﴿46 لَا
فِيهَا
غَوْلٌ
وَلَا
هُمْ
عَنْهَا
يُنزَفُونَ
﴿47 وَعِنْدَهُمْ
قَاصِرَاتُ
الطَّرْفِ
عِينٌ
﴿48 كَأَنَّهُنَّ
بَيْضٌ
مَّكْنُونٌ
﴿49 فَأَقْبَلَ
بَعْضُهُمْ
عَلَى
بَعْضٍ
يَتَسَاءلُونَ
﴿50 قَالَ
قَائِلٌ
مِّنْهُمْ
إِنِّي
كَانَ
لِي
قَرِينٌ
﴿51 يَقُولُ
أَئِنَّكَ
لَمِنْ
الْمُصَدِّقِينَ
﴿52 أَئِذَا
مِتْنَا
وَكُنَّا
تُرَابًا
وَعِظَامًا
أَئِنَّا
لَمَدِينُونَ
﴿53 قَالَ
هَلْ
أَنتُم
مُّطَّلِعُونَ
﴿54 فَاطَّلَعَ
فَرَآهُ
فِي
سَوَاء
الْجَحِيمِ
﴿55 قَالَ
تَاللَّهِ
إِنْ
كِدتَّ
لَتُرْدِينِ
﴿56 وَلَوْلَا
نِعْمَةُ
رَبِّي
لَكُنتُ
مِنَ
الْمُحْضَرِينَ
﴿57 أَفَمَا
نَحْنُ
بِمَيِّتِينَ
﴿58 إِلَّا
مَوْتَتَنَا
الْأُولَى
وَمَا
نَحْنُ
بِمُعَذَّبِينَ
﴿59 إِنَّ
هَذَا
لَهُوَ
الْفَوْزُ
الْعَظِيمُ
﴿60


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[1]


Demi (hamba-hambaKu)
yang berbaris dengan berderet-deret -



[2]


(Hamba-hambaKu) yang
melarang (dari kejahatan) dengan sesungguh-sungguhnya -



[3]


(Hamba-hambaKu) yang
membaca kandungan Kitab Suci;



[4]


(Sumpah demi sumpah)
sesungguhnya Tuhan kamu hanyalah Satu -



[5]


Tuhan (yang mencipta
serta mentadbirkan) langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya, dan
Tuhan (yang mengatur) tempat-tempat terbit matahari.



[6]


Sesungguhnya Kami
telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan
hiasan bintang-bintang.



[7]


Dan (Kami pelihara
urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap
Syaitan yang derhaka;



[8]


(Dengan itu) mereka
tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit,
dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,



[9]


Untuk mengusir
mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.



[10]


Kecuali sesiapa di
antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat),
maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.



[11]


(Setelah nyata
kekuasaan Kami) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka (yang ingkarkan
hidupnya semula orang-orang mati): Adakah diri mereka lebih sukar hendak
diciptakan, atau makhluk-makhluk lain yang Kami telah ciptakan? Sesungguhnya
Kami telah mencipta mereka dari tanah liat (yang senang diubah dan diciptakan
semula).



[12]


(Pertanyaan itu
tidak juga berfaedah kepada mereka) bahkan engkau merasa hairan (terhadap
keingkaran mereka), dan sebaliknya mereka mengejek-ejek (peneranganmu).



[13]


Dan apabila
diperingatkan, mereka tetap tidak mahu menerima peringatan itu.



[14]


Dan apabila mereka
melihat sesuatu tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami dan kebenaranmu), mereka
mencari-cari jalan memperolok-olokkannya, -



[15]


Serta mereka
berkata: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata.



[16]


"Adakah sesudah
kita mati serta menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan dibangkitkan hidup
semula?



[17]


"Dan adakah
juga datuk nenek kita yang telah lalu (akan dibangkitkan hidup semula)?"



[18]


Jawablah (wahai
Muhammad): "Ya, benar !(Kamu semua akan dibangkitkan) dengan keadaan
hina-dina ".



[19]


(Kebangkitan ini
mudah) kerana sesungguhnya ia boleh berlaku hanyalah dengan suara sahaja, maka
dengan serta mereka semuanya (bangkit) melihat (apa yang akan jadi).



[20]


Dan (pada saat itu)
mereka berkata:" Wahai celakanya kami, ini ialah hari balasan!"



[21]


(Lalu malaikat
berkata kepada mereka): " Ini ialah hari memutuskan hukum untuk memberi
balasan yang dahulu kamu mendustakannya ".



[22]


(Allah berfirman
kepada malaikat):" Himpunkanlah orang-orang yang zalim itu, dan
orang-orang yang berkeadaan seperti mereka, serta benda-benda yang mereka
sembah -



[23]


"Yang lain dari
Allah serta hadapkanlah mereka ke jalan yang membawa ke neraka.



[24]


"Dan
hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal:



[25]


"Mengapa kamu
tidak bertolong-tolongan (sebagaimana yang kamu dakwakan dahulu?"



[26]


(Mereka pada ketika itu
tidak dapat berbuat apa-apa) bahkan mereka pada hari itu menyerah diri dengan
hina (untuk diadili);



[27]


Dan masing-masing
pun mengadap satu sama lain, sambil kata mengata dan cela mencela.



[28]


Pengikut-pengikut
berkata (kepada ketuanya):" Sesungguhnya kamu dahulu selalu datang
menyekat kami (daripada beriman) dengan menggunakan kuasa kamu".



[29]


Ketua-ketuanya
menjawab: " (Tidak!) Bahkan kamulah sendiri tidak mahu menjadi orang-orang
yang beriman!



[30]


"Dan kami
(selain daripada mengajak kamu (tidak mempunyai sebarang kuasa memerintah kamu,
bahkan kamu sememangnya kaum yang melampaui batas.



[31]


(Dengan keadaan diri
kita yang sedemikian) maka tetaplah di atas kita janji seksa (yang dijanjikan)
oleh Tuhan kita, bahawa kita semua tentu akan merasai (azab itu).



[32]


"(Dengan sebab
ketentuan yang tersebut) maka kami pun mengajak kamu menjadi sesat, kerana
sebenarnya kami adalah orang-orang sesat"



[33]


Maka sesungguhnya
mereka semua pada hari itu, menderita azab bersama.



[34]


Sesungguhnya
demikianlah Kami melakukan kepada orang-orang yang berdosa.



[35]


Sebenarnya mereka
dahulu apabila dikatakan kepadanya;" (ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang
sebenar-benarnya melainkan Allah" - mereka bersikap takbur mengingkarinya,
-



[36]


Serta mereka
berkata: " Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami sembah,
kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"



[37]


(Tidak! Nabi
Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa
kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh
Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).



[38]


Sesungguhnya kamu
(wahai orang-orang musyrik) akan merasai azab seksa yang tidak terperi
sakitnya.



[39]


Dan kamu tidak
dibalas melainkan (dengan balasan yang sepadan) dengan apa yang kamu telah
kerjakan;



[40]


Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik,



[41]


Mereka itu beroleh
limpah kurnia yang termaklum,



[42]


Iaitu buah-buahan
(yang lazat), serta mereka mendapat penghormatan,



[43]


Di dalam
syurga-syurga yang penuh melimpah dengan berjenis-jenis nikmat.



[44]


Mereka duduk
berhadap-hadapan di atas pelamin-pelamin kebesaran;



[45]


Diedarkan kepada
mereka piala yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir,



[46]


Minuman itu putih
bersih, lagi lazat rasanya, bagi orang-orang yang meminumnya,



[47]


Ia tidak mengandungi
sesuatu yang membahayakan, dan tidak pula mereka mabuk kerana menikmatinya.



[48]


Sedang di sisi
mereka ada pula bidadari-bidadari yang tidak menumpukan pandangannya melainkan
kepada mereka, lagi yang amat indah luas matanya;



[49]


(Putih
kekuning-kuningan) seolah-olah mereka telur (burung kasuari) yang tersimpan
dengan sebaik-baiknya.



[50]


(Tinggalah penduduk
Syurga itu menikmati kesenangan), lalu setengahnya mengadap yang lain, sambil berbincang
dan bertanya-tanyaan.



[51]


Seorang di antaranya
berkata: " Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang
menempelak daku).



[52]


"katanya:
Adakah engkau juga salah seorang dari golongan yang mengakui benarnya
(kebangkitan orang-orang mati pada hari akhirat)?



[53]


"Adakah sesudah
kita mati dan menjadi tanah dan tulang, adakah kita akan (dihidupkan semula
serta) dibalas apa yang telah kita lakukan? " '



[54]


(Setelah
menceritakan perihal rakannya itu) ia berkata lagi: " Adakah kamu hendak
melihat (keadaan rakanku yang ingkar itu)?"



[55]


Maka ia pun
memandang (ke arah neraka), lalu dilihatnya rakannya itu berada ditengah-tengah
neraka yang menjulang-julang.



[56]


Ia pun
(menempelaknya dengan) berkata:" Demi Allah! Nyaris-nyaris engkau menceburkan
daku dalam kebinasaan.



[57]


"Dan kalaulah
tidak disebabkan nikmat pemberian Tuhanku (dengan hidayah petunjuk), nescaya
akan menjadilah daku dari orang-orang yang dibawa hadir (untuk menerima balasan
azab) ".



[58]


(Kemudian ia berkata
kepada rakan-rakanya yang sedang menikmati kesenangan di Syurga bersama):
" Bukankah kita (setelah mendapat nikmat-nikmat ini) tidak akan mati lagi,
-



[59]


"Selain dari
kematian kita yang dahulu, dan kita juga tidak akan terkena seksa?"



[60]


Sesungguhnya
(nikmat-nikmat kesenangan Syurga) yang demikian, ialah sebenar-benar pendapatan
dan kemenangan yang besar.

الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

الصافات-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: الصافات-مترجم ماليزي   الصافات-مترجم ماليزي Emptyالجمعة أغسطس 31, 2012 8:35 am


﴿61 أَذَلِكَ
خَيْرٌ
نُّزُلًا
أَمْ
شَجَرَةُ
الزَّقُّومِ
﴿62 إِنَّا
جَعَلْنَاهَا
فِتْنَةً
لِّلظَّالِمِينَ
﴿63 إِنَّهَا
شَجَرَةٌ
تَخْرُجُ
فِي
أَصْلِ
الْجَحِيمِ
﴿64 طَلْعُهَا
كَأَنَّهُ
رُؤُوسُ
الشَّيَاطِينِ
﴿65 فَإِنَّهُمْ
لَآكِلُونَ
مِنْهَا
فَمَالِؤُونَ
مِنْهَا
الْبُطُونَ
﴿66 ثُمَّ
إِنَّ
لَهُمْ
عَلَيْهَا
لَشَوْبًا
مِّنْ
حَمِيمٍ
﴿67 ثُمَّ
إِنَّ
مَرْجِعَهُمْ
لَإِلَى
الْجَحِيمِ
﴿68 إِنَّهُمْ
أَلْفَوْا
آبَاءهُمْ
ضَالِّينَ
﴿69 فَهُمْ
عَلَى
آثَارِهِمْ
يُهْرَعُونَ
﴿70 وَلَقَدْ
ضَلَّ
قَبْلَهُمْ
أَكْثَرُ
الْأَوَّلِينَ
﴿71 وَلَقَدْ
أَرْسَلْنَا
فِيهِم
مُّنذِرِينَ
﴿72 فَانظُرْ
كَيْفَ
كَانَ
عَاقِبَةُ
الْمُنذَرِينَ
﴿73 إِلَّا
عِبَادَ
اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ
﴿74 وَلَقَدْ
نَادَانَا
نُوحٌ
فَلَنِعْمَ
الْمُجِيبُونَ
﴿75 وَنَجَّيْنَاهُ
وَأَهْلَهُ
مِنَ
الْكَرْبِ
الْعَظِيمِ
﴿76 وَجَعَلْنَا
ذُرِّيَّتَهُ
هُمْ
الْبَاقِينَ
﴿77 وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِ
فِي
الْآخِرِينَ
﴿78 سَلَامٌ
عَلَى
نُوحٍ
فِي
الْعَالَمِينَ
﴿79 إِنَّا
كَذَلِكَ
نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
﴿80 إِنَّهُ
مِنْ
عِبَادِنَا
الْمُؤْمِنِينَ
﴿81 ثُمَّ
أَغْرَقْنَا
الْآخَرِينَ
﴿82 وَإِنَّ
مِن
شِيعَتِهِ
لَإِبْرَاهِيمَ
﴿83 إِذْ
جَاء
رَبَّهُ
بِقَلْبٍ
سَلِيمٍ
﴿84 إِذْ
قَالَ
لِأَبِيهِ
وَقَوْمِهِ
مَاذَا
تَعْبُدُونَ
﴿85 أَئِفْكًا
آلِهَةً
دُونَ
اللَّهِ
تُرِيدُونَ
﴿86 فَمَا
ظَنُّكُم
بِرَبِّ
الْعَالَمِينَ
﴿87 فَنَظَرَ
نَظْرَةً
فِي
النُّجُومِ
﴿88 فَقَالَ
إِنِّي
سَقِيمٌ
﴿89 فَتَوَلَّوْا
عَنْهُ
مُدْبِرِينَ
﴿90 فَرَاغَ
إِلَى
آلِهَتِهِمْ
فَقَالَ
أَلَا
تَأْكُلُونَ
﴿91 مَا
لَكُمْ
لَا
تَنطِقُونَ
﴿92 فَرَاغَ
عَلَيْهِمْ
ضَرْبًا
بِالْيَمِينِ
﴿93 فَأَقْبَلُوا
إِلَيْهِ
يَزِفُّونَ
﴿94 قَالَ
أَتَعْبُدُونَ
مَا
تَنْحِتُونَ
﴿95 وَاللَّهُ
خَلَقَكُمْ
وَمَا
تَعْمَلُونَ
﴿96 قَالُوا
ابْنُوا
لَهُ
بُنْيَانًا
فَأَلْقُوهُ
فِي
الْجَحِيمِ
﴿97 فَأَرَادُوا
بِهِ
كَيْدًا
فَجَعَلْنَاهُمُ
الْأَسْفَلِينَ
﴿98 وَقَالَ
إِنِّي
ذَاهِبٌ
إِلَى
رَبِّي
سَيَهْدِينِ
﴿99 رَبِّ
هَبْ
لِي
مِنَ
الصَّالِحِينَ
﴿100 فَبَشَّرْنَاهُ
بِغُلَامٍ
حَلِيمٍ
﴿101 فَلَمَّا
بَلَغَ
مَعَهُ
السَّعْيَ
قَالَ
يَا
بُنَيَّ
إِنِّي
أَرَى
فِي
الْمَنَامِ
أَنِّي
أَذْبَحُكَ
فَانظُرْ
مَاذَا
تَرَى
قَالَ
يَا
أَبَتِ
افْعَلْ
مَا
تُؤْمَرُ
سَتَجِدُنِي
إِن
شَاء
اللَّهُ
مِنَ
الصَّابِرِينَ
﴿102 فَلَمَّا
أَسْلَمَا
وَتَلَّهُ
لِلْجَبِينِ
﴿103 وَنَادَيْنَاهُ
أَنْ
يَا
إِبْرَاهِيمُ
﴿104 قَدْ
صَدَّقْتَ
الرُّؤْيَا
إِنَّا
كَذَلِكَ
نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
﴿105 إِنَّ
هَذَا
لَهُوَ
الْبَلَاء
الْمُبِينُ
﴿106 وَفَدَيْنَاهُ
بِذِبْحٍ
عَظِيمٍ
﴿107 وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِ
فِي
الْآخِرِينَ
﴿108 سَلَامٌ
عَلَى
إِبْرَاهِيمَ
﴿109 كَذَلِكَ
نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
﴿110 إِنَّهُ
مِنْ
عِبَادِنَا
الْمُؤْمِنِينَ
﴿111 وَبَشَّرْنَاهُ
بِإِسْحَقَ
نَبِيًّا
مِّنَ
الصَّالِحِينَ
﴿112 وَبَارَكْنَا
عَلَيْهِ
وَعَلَى
إِسْحَقَ
وَمِن
ذُرِّيَّتِهِمَا
مُحْسِنٌ
وَظَالِمٌ
لِّنَفْسِهِ
مُبِينٌ
﴿113 وَلَقَدْ
مَنَنَّا
عَلَى
مُوسَى
وَهَارُونَ
﴿114 وَنَجَّيْنَاهُمَا
وَقَوْمَهُمَا
مِنَ
الْكَرْبِ
الْعَظِيمِ
﴿115 وَنَصَرْنَاهُمْ
فَكَانُوا
هُمُ
الْغَالِبِينَ
﴿116 وَآتَيْنَاهُمَا
الْكِتَابَ
الْمُسْتَبِينَ
﴿117 وَهَدَيْنَاهُمَا
الصِّرَاطَ
الْمُسْتَقِيمَ
﴿118 وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِمَا
فِي
الْآخِرِينَ
﴿119 سَلَامٌ
عَلَى
مُوسَى
وَهَارُونَ
﴿120 إِنَّا
كَذَلِكَ
نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
﴿121 إِنَّهُمَا
مِنْ
عِبَادِنَا
الْمُؤْمِنِينَ
﴿122 وَإِنَّ
إِلْيَاسَ
لَمِنْ
الْمُرْسَلِينَ
﴿123 إِذْ
قَالَ
لِقَوْمِهِ
أَلَا
تَتَّقُونَ
﴿124

[61]


Untuk memperoleh
(kejayaan) yang seperti inilah hendaknya orang-orang yang beramal melakukan
amal usahanya dengan bersungguh-sungguh (di dunia).



[62]


Manakah yang lebih
baik, limpah kurniaan yang termaklum itu atau pokok zaqqum?



[63]


Sesungguhnya Kami
jadikan pokok zaqqum itu satu ujian bagi orang-orang yang zalim (di dunia dan
azab seksa bagi mereka di akhirat).



[64]


Sebenarnya ia
sebatang pohon yang tumbuh di dasar neraka yang marak menjulang;



[65]


Buahnya seolah-olah
kepala Syaitan-syaitan;



[66]


Maka sudah tentu
mereka akan makan dari buahnya (sekalipun pahit dan busuk), sehingga mereka
memenuhi perut darinya.



[67]


Kemudian,
sesungguhnya mereka akan beroleh lagi - selain itu- satu minuman campuran dari
air panas yang menggelegak.



[68]


Setelah (mereka
dibawa minum) maka tempat kembali mereka tetaplah ke dalam neraka yang
menjulang-julang.



[69]


Sebenarnya mereka telah
mendapati datuk nenek mereka berada dalam kesesatan;



[70]


Lalu mereka
terburu-buru menurut jejak langkah datuk neneknya.



[71]


Dan demi
sesungguhnya, telah sesat juga - sebelum kaummu (wahai Muhammad) - kebanyakan
kaum-kaum yang telah lalu.



[72]


Pada hal, demi
sesungguhnya, Kami telahpun mengutus dalam kalangan kaum-kaum itu, Rasul-rasul
pemberi amaran.



[73]


Maka lihatlah
bagaimana kesudahan orang-orang (yang mendustakan Rasul-rasul Kami) setelah
diberi amaran, -



[74]


Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat dan
mendapat sebaik-baik balasan).



[75]


Dan demi
sesungguhnya, Nabi Nuh telah berdoa merayu kepada Kami (memohon pertolongan),
maka Kami adalah sebaik-baik yang kabulkan doa permohonan.



[76]


Dan Kami telah
selamatkan dia bersama-sama dengan keluarga dan pengikut-pengikutnya, dari
kesusahan yang besar.



[77]


Dan Kami jadikan
zuriat keturunannya sahaja orang-orang yang tinggal hidup (setelah Kami
binasakan kaumnya yang ingkar).



[78]


Dan Kami kekalkan
baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:



[79]


"Salam
sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! "



[80]


Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan amal-amal yang
baik.



[81]


Sesungguhnya Nabi
Nuh itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



[82]


Kemudian Kami
tenggelamkan golongan yang lain (yang mendustakannya).



[83]


Dan sesungguhnya di
antara orang-orang yang menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah
Nabi Ibrahim.



[84]


Ketika ia mematuhi
perintah tuhannya dengan hati yang suci murni.



[85]


Ketika ia berkata
kepada bapanya dan kaumnya: " Apa yang kamu sembah?



[86]


"Patutkah kamu
menyembah tuhan-tuhan yang lain dari Allah, kerana kamu memutar belitkan kebenaran
semata-mata (bukan kerana benarnya)?



[87]


"Maka bagaimana
fikiran kamu pula terhadap Allah Tuhan sekalian alam?"



[88]


Kemudian ia
memandang dengan satu renungan kepada bintang-bintang (yang bertaburan di
langit),



[89]


Lalu berkata:
"Sesungguhnya aku merasa sakit (tak dapat turut berhari raya sama)".



[90]


Setelah (mendengar
kata-katanya) itu, mereka berpaling meninggalkan dia.



[91]


Lalu ia pergi kepada
berhala-berhala mereka secara bersembunyi, serta ia bertanya (kepada
berhala-berhala itu, secara mengejek-ejek): "Mengapa kamu tidak makan?



[92]


"Mengapa kamu
tidak menjawab?"



[93]


Lalu ia memukul
berhala-berhala itu dengan tangan kanannya (sehingga pecah berketul-ketul).



[94]


(Setelah kaumnya
mengetahui hal itu) maka datanglah mereka beramai-ramai kepadanya.



[95]


(Bagi menjawab
bantahan mereka), ia berkata: "Patutkah kamu menyembah benda-benda yang
kamu pahat?



[96]


"Padahal Allah
yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu buat itu!"



[97]


(Setelah tak dapat
berhujah lagi, ketua-ketua) mereka berkata: "Binalah untuk Ibrahim sebuah
tempat (untuk membakarnya), kemudian campakkan dia ke dalam api yang
menjulang-julang itu".



[98]


Maka mereka (dengan
perbuatan membakar Nabi Ibrahim itu) hendak melakukan angkara yang
menyakitinya, lalu Kami jadikan mereka orang-orang yang terkebawah (yang tidak
berjaya maksudnya).



[99]


Dan Nabi Ibrahim
pula berkata: "Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia
akan memimpinku (ke jalan yang benar).



[100]


" Wahai
Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang
soleh!"



[101]


Lalu Kami berikan
kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang
penyabar.



[102]


Maka ketika anaknya
itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama
dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang
yang sabar".



[103]


Setelah keduanya
berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim
merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah,
(Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan
perintah Kami),



[104]


Serta Kami
menyerunya: "Wahai Ibrahim!



[105]


"Engkau telah
menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". Demikianlah sebenarnya
Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



[106]


Sesungguhnya
perintah ini adalah satu ujian yang nyata;



[107]


Dan Kami tebus
anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar;



[108]


Dan Kami kekalkan
baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:



[109]


"Salam
sejahtera kepada Nabi Ibrahim!".



[110]


Demikianlah Kami
membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



[111]


Sesungguhnya Nabi
Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



[112]


Dan Kami pula
berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang
anak): Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang
soleh.



[113]


Dan Kami limpahi
berkat kepadanya dan kepada (anaknya): Ishak; dan di antara zuriat keturunan keduanya
ada yang mengerjakan kebaikan, dan ada pula yang berlaku zalim dengan nyata,
terhadap dirinya sendiri.



[114]


Dan demi
sesungguhnya! kami telah melimpahkan nikmat pemberian kepada Nabi Musa dan Nabi
Harun.



[115]


Dan Kami selamatkan
keduanya dan kaumnya dari kesusahan yang besar;



[116]


Dan Kami menolong
mereka sehingga menjadilah mereka orang-orang yang berjaya mengalahkan
(lawannya);



[117]


Dan Kami berikan
kepada keduanya Kitab Suci yang amat jelas keterangannya;



[118]


Dan Kami berikan
hidayah petunjuk kepada keduanya ke jalan yang lurus.



[119]


Dan Kami kekalkan
bagi keduanya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang
kemudian:



[120]


"Salam
sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!"



[121]


Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



[122]


Sesungguhnya mereka
berdua adalah dari hamba-hamba Kami yang beriman.



[123]


Dan sesungguhnya
Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

الصافات-مترجم ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: الصافات-مترجم ماليزي   الصافات-مترجم ماليزي Emptyالجمعة أغسطس 31, 2012 8:43 am

إِذْ
قَالَ
لِقَوْمِهِ
أَلَا
تَتَّقُونَ
﴿124 أَتَدْعُونَ
بَعْلًا
وَتَذَرُونَ
أَحْسَنَ
الْخَالِقِينَ
﴿125 وَاللَّهَ
رَبَّكُمْ
وَرَبَّ
آبَائِكُمُ
الْأَوَّلِينَ
﴿126 فَكَذَّبُوهُ
فَإِنَّهُمْ
لَمُحْضَرُونَ
﴿127 إِلَّا
عِبَادَ
اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ
﴿128 وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِ
فِي
الْآخِرِينَ
﴿129 سَلَامٌ
عَلَى
إِلْ
يَاسِينَ
﴿130 إِنَّا
كَذَلِكَ
نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
﴿131 إِنَّهُ
مِنْ
عِبَادِنَا
الْمُؤْمِنِينَ
﴿132 وَإِنَّ
لُوطًا
لَّمِنَ
الْمُرْسَلِينَ
﴿133 إِذْ
نَجَّيْنَاهُ
وَأَهْلَهُ
أَجْمَعِينَ
﴿134 إِلَّا
عَجُوزًا
فِي
الْغَابِرِينَ
﴿135 ثُمَّ
دَمَّرْنَا
الْآخَرِينَ
﴿136 وَإِنَّكُمْ
لَتَمُرُّونَ
عَلَيْهِم
مُّصْبِحِينَ
﴿137 وَبِاللَّيْلِ
أَفَلَا
تَعْقِلُونَ
﴿138 وَإِنَّ
يُونُسَ
لَمِنَ
الْمُرْسَلِينَ
﴿139 إِذْ
أَبَقَ
إِلَى
الْفُلْكِ
الْمَشْحُونِ
﴿140 فَسَاهَمَ
فَكَانَ
مِنْ
الْمُدْحَضِينَ
﴿141 فَالْتَقَمَهُ
الْحُوتُ
وَهُوَ
مُلِيمٌ
﴿142 فَلَوْلَا
أَنَّهُ
كَانَ
مِنْ
الْمُسَبِّحِينَ
﴿143 لَلَبِثَ
فِي
بَطْنِهِ
إِلَى
يَوْمِ
يُبْعَثُونَ
﴿144 فَنَبَذْنَاهُ
بِالْعَرَاء
وَهُوَ
سَقِيمٌ
﴿145 وَأَنبَتْنَا
عَلَيْهِ
شَجَرَةً
مِّن
يَقْطِينٍ
﴿146 وَأَرْسَلْنَاهُ
إِلَى
مِئَةِ
أَلْفٍ
أَوْ
يَزِيدُونَ
﴿147 فَآمَنُوا
فَمَتَّعْنَاهُمْ
إِلَى
حِينٍ
﴿148 فَاسْتَفْتِهِمْ
أَلِرَبِّكَ
الْبَنَاتُ
وَلَهُمُ
الْبَنُونَ
﴿149 أَمْ
خَلَقْنَا
الْمَلَائِكَةَ
إِنَاثًا
وَهُمْ
شَاهِدُونَ
﴿150 أَلَا
إِنَّهُم
مِّنْ
إِفْكِهِمْ
لَيَقُولُونَ
﴿151 وَلَدَ
اللَّهُ
وَإِنَّهُمْ
لَكَاذِبُونَ
﴿152 أَصْطَفَى
الْبَنَاتِ
عَلَى
الْبَنِينَ
﴿153 مَا
لَكُمْ
كَيْفَ
تَحْكُمُونَ
﴿154 أَفَلَا
تَذَكَّرُونَ
﴿155 أَمْ
لَكُمْ
سُلْطَانٌ
مُّبِينٌ
﴿156 فَأْتُوا
بِكِتَابِكُمْ
إِن
كُنتُمْ
صَادِقِينَ
﴿157 وَجَعَلُوا
بَيْنَهُ
وَبَيْنَ
الْجِنَّةِ
نَسَبًا
وَلَقَدْ
عَلِمَتِ
الْجِنَّةُ
إِنَّهُمْ
لَمُحْضَرُونَ
﴿158 سُبْحَانَ
اللَّهِ
عَمَّا
يَصِفُونَ
﴿159 إِلَّا
عِبَادَ
اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ
﴿160 فَإِنَّكُمْ
وَمَا
تَعْبُدُونَ
﴿161 مَا
أَنتُمْ
عَلَيْهِ
بِفَاتِنِينَ
﴿162 إِلَّا
مَنْ
هُوَ
صَالِ
الْجَحِيمِ
﴿163 وَمَا
مِنَّا
إِلَّا
لَهُ
مَقَامٌ
مَّعْلُومٌ
﴿164 وَإِنَّا
لَنَحْنُ
الصَّافُّونَ
﴿165 وَإِنَّا
لَنَحْنُ
الْمُسَبِّحُونَ
﴿166 وَإِنْ
كَانُوا
لَيَقُولُونَ
﴿167 لَوْ
أَنَّ
عِندَنَا
ذِكْرًا
مِّنْ
الْأَوَّلِينَ
﴿168 لَكُنَّا
عِبَادَ
اللَّهِ
الْمُخْلَصِينَ
﴿169 فَكَفَرُوا
بِهِ
فَسَوْفَ
يَعْلَمُونَ
﴿170 وَلَقَدْ
سَبَقَتْ
كَلِمَتُنَا
لِعِبَادِنَا
الْمُرْسَلِينَ
﴿171 إِنَّهُمْ
لَهُمُ
الْمَنصُورُونَ
﴿172 وَإِنَّ
جُندَنَا
لَهُمُ
الْغَالِبُونَ
﴿173 فَتَوَلَّ
عَنْهُمْ
حَتَّى
حِينٍ
﴿174 وَأَبْصِرْهُمْ
فَسَوْفَ
يُبْصِرُونَ
﴿175 أَفَبِعَذَابِنَا
يَسْتَعْجِلُونَ
﴿176 فَإِذَا
نَزَلَ
بِسَاحَتِهِمْ
فَسَاء
صَبَاحُ
الْمُنذَرِينَ
﴿177 وَتَوَلَّ
عَنْهُمْ
حَتَّى
حِينٍ
﴿178 وَأَبْصِرْ
فَسَوْفَ
يُبْصِرُونَ
﴿179 سُبْحَانَ
رَبِّكَ
رَبِّ
الْعِزَّةِ
عَمَّا
يَصِفُونَ
﴿180 وَسَلَامٌ
عَلَى
الْمُرْسَلِينَ
﴿181 وَالْحَمْدُ
لِلَّهِ
رَبِّ
الْعَالَمِينَ
﴿182



123]


Dan sesungguhnya
Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.



[124]


(Ingatkanlah
peristiwa) ketika ia berkata kepada kaumnya: "Hendaklah kamu mematuhi
suruhan Allah dan menjauhi laranganNya.



[125]


"Patutkah kamu
menyembah berhala Ba'la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak
pencipta?



[126]


"Iaitu Allah
Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!"



[127]


Maka mereka
mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),



[128]


Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik (maka mereka akan terselamat, dan
mendapat sebaik-baik balasan).



[129]


Dan Kami kekalkan bagi
Nabi Ilyas (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian:



[130]


"Salam
sejahtera kepada Nabi Ilyas!"



[131]


Demikianlah
sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.



[132]


Sesungguhnya Nabi
Ilyas itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.



[133]


Dan sesungguhnya
Nabi Lut adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.



[134]


(ingatkanlah
peristiwa) ketika kami selamatkan dia dan keluarga serta pengikut-pengikutnya
semuanya,



[135]


Kecuali seorang
perempuan tua tertinggal dalam golongan yang dibinasakan.



[136]


Kemudian Kami
hancurkan yang lain (dari pengikut-pengikut Nabi Lut).



[137]


Dan sesungguhnya
kamu (yang menentang Nabi Muhammad): berulang-alik (melalui bekas-bekas tempat
tinggal) mereka, semasa kamu berada pada waktu pagi.



[138]


Dan juga pada waktu
malam; maka mengapa kamu tidak mahu memikirkannya?.



[139]


Dan sesungguhnya
Nabi Yunus adalah dari Rasul-rasul (Kami) yang diutus.



[140]


(Ingatkanlah
peristiwa) ketika ia melarikan diri ke kapal yang penuh sarat.



[141]


(Dengan satu keadaan
yang memaksa) maka dia pun turut mengundi, lalu menjadilah ia dari orang-orang
yang kalah yang digelunsurkan (ke laut).



[142]


Setelah itu ia
ditelan oleh ikan besar, sedang ia berhak ditempelak.



[143]


Maka kalaulah ia bukan
dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih),



[144]


Tentulah ia akan
tinggal di dalam perut ikan itu hingga ke hari manusia dibangkitkan keluar dari
kubur.



[145]


Oleh itu Kami
campakkan dia keluar (dari perut ikan) ke tanah yang tandus (di tepi pantai),
sedang ia berkeadaan sakit.



[146]


Dan Kami tumbuhkan
(untuk melindunginya) sebatang pokok yang berdaun lebar.



[147]


Dan (Nabi Yunus yang
tersebut kisahnya itu) Kami utuskan kepada (kaumnya yang seramai) seratus ribu
atau lebih.



[148]


(Setelah berlaku apa
yang berlaku) maka mereka pun beriman, lalu Kami biarkan mereka menikmati
kesenangan hidup hingga ke suatu masa (yang ditetapkan bagi masing-masing).



[149]


(Oleh sebab ada di
antara kaum musyrik Arab yang mendakwa bahawa malaikat itu anak-anak perempuan
Allah) maka bertanyalah (wahai Muhammad) kepada mereka itu: Adilkah mereka
membahagi untuk Tuhanmu anak-anak perempuan, dan untuk mereka anak-anak lelaki?



[150]


Atau adakah mereka
hadir sendiri menyaksikan Kami mencipta malaikat-malaikat itu - perempuan?



[151]


Ketahuilah! Bahawa
sesungguhnya, dengan sebab terpesongnya dari kebenaran, mereka berkata:



[152]


"Allah
beranak"; sedang mereka, sesungguhnya adalah orang-orang yang berdusta!



[153]


(Patutkah kamu
mendakwa bahawa Tuhan mempunyai anak, dan anak itu pula ialah anak-anak
perempuan yang kamu tidak sukai?) Adakah Tuhan memilih serta mengutamakan
anak-anak perempuan dari anak-anak lelaki (sedang kedua-dua jenis itu Dia lah
yang menciptakannya)?



[154]


Apa sudah jadi kamu?
Bagaimana kamu menetapkan hukum (yang terang-terang salahnya itu)?



[155]


Setelah ditegur,
maka tidakkah kamu mahu berusaha mengingatkan (bahawa Allah mustahil bagiNya
anak-pinak)?



[156]


Atau adakah kamu
mempunyai sebarang bukti yang nyata (menerangkan bahawa malaikat itu anak-anak
perempuan Allah)?



[157]


(Kiranya ada) maka
bawalah kitab kamu (yang menerangkan demikian), jika betul kamu orang-orang
yang benar.



[158]


(Mereka telah
mengatakan perkara yang mustahil) serta mengadakan pertalian kerabat di antara
Allah dan malaikat, padahal demi sesungguhnya malaikat itu sedia mengetahui
bahawa sebenarnya orang-orang yang melakukan demikian akan dibawa hadir (ke
dalam azab pada hari akhirat).



[159]


Maha Suci Allah dari
apa yang mereka katakan itu!



[160]


Kecuali hamba-hamba
Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik, (maka mereka akan terselamat, dan
akan mendapat sebaik-baik balasan).



[161]


Maka sebenarnya kamu
(wahai orang-orang musyrik), dan apa yang kamu sembah itu.



[162]


Tidak akan dapat
merosakkan perhubungan seseorang dengan Tuhannya,



[163]


kecuali orang-orang
yang telah ditetapkan bahawa dia akan dibakar di dalam neraka yang
menjulang-julang.



[164]


(Malaikat pula
menegaskan pendirian mereka dengan berkata): "Dan tiada sesiapapun dari
kalangan kami melainkan ada baginya darjat kedudukan yang tertentu (dalam
menyempurnakan tugasnya);



[165]


"Dan
sesungguhnya kamilah yang sentiasa berbaris (menjunjung perintah dan
beribadat),



[166]


"Dan sesungguhnya
kamilah yang sentiasa bertasbih (mensucikan Allah dari sebarang sifat
kekurangan)!"



[167]


Dan sebenarnya
mereka (yang musyrik) itu dahulu pernah berkata:



[168]


"Kalaulah ada
di sisi kami Kitab Suci dari (bawaan Rasul-rasul) yang telah lalu



[169]


"Tentulah kami
akan menjadi hamba-hamba Allah yang dibersihkan dari sebarang syirik!"



[170]


(Setelah Al-Quran
diturunkan kepada mereka) mereka mengingkarinya; oleh itu mereka akan
mengetahui kelak (akibat kekufurannya).



[171]


Dan demi sesungguhnya!
Telah ada semenjak dahulu lagi, ketetapan Kami, bagi hamba-hamba Kami yang
diutus menjadi Rasul -



[172]


Bahawa sesungguhnya
merekalah orang-orang yang diberikan pertolongan mencapai kemenangan



[173]


Dan bahawasanya
tentera Kami (pengikut-pengikut Rasul), merekalah orang-orang yang mengalahkan
(golongan yang menentang kebenaran).



[174]


Oleh itu
berpalinglah (wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta
bersabarlah) hingga ke suatu masa.



[175]


Dan lihat (apa yang
akan menimpa) mereka; tidak lama kemudian mereka akan melihat (kemenangan yang
telah Kami tetapkan untukmu).



[176]


Maka tidaklah patut
mereka meminta disegerakan azab (yang telah ditetapkan oleh) Kami!



[177]


Kerana apabila azab
itu turun dalam daerah dan kawasan mereka, sudah tentu buruklah hari
orang-orang yang tidak mengindahkan amaran yang telah diberikan.



[178]


Dan berpalinglah
(wahai Muhammad) dari mereka, (jangan hiraukan celaan mereka serta bersabarlah)
hingga ke suatu masa.



[179]


Dan lihatlah (apa
yang akan jadi); tidak lama kemudian, mereka pun akan melihat juga.



[180]


Akuilah kesucian
Tuhanmu, - Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan, - dari apa yang mereka
katakan!



[181]


Dan (ucaplah) salam
sejahtera kepada sekalian Rasul.



[182]


Serta (ingatlah
bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan
seluruh alam.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
 
الصافات-مترجم ماليزي
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» يس-مترجم ماليزي
» ص-مترجم ماليزي
» نوح-مترجم ماليزي
» عبس-مترجم ماليزي
» سبأ-مترجم ماليزي

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
منتدى القفطان المغربي :: منتدى اللغــــــات :: قسم اللغه العربيه وقواعدها :: قسم ترجمة القرآن الكريم-
انتقل الى: