منتدى القفطان المغربي
ق-مترجمه ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
ق-مترجمه ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

منتدى القفطان المغربي

اهلا وسهلا بكـٍ يا فى
https://caftandumaroc.forummaroc.net اخر زياره لكـ كانت فى

 
الرئيسيةالبوابةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 ق-مترجمه ماليزي

اذهب الى الأسفل 
2 مشترك
كاتب الموضوعرسالة
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

ق-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: ق-مترجمه ماليزي   ق-مترجمه ماليزي Emptyالجمعة أغسطس 31, 2012 8:59 am

﴿
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴾


ق
وَالْقُرْآنِ الْمَجِيدِ ﴿1﴾ بَلْ
عَجِبُوا أَن جَاءهُمْ مُنذِرٌ مِّنْهُمْ فَقَالَ الْكَافِرُونَ هَذَا شَيْءٌ
عَجِيبٌ ﴿2﴾ أَئِذَا مِتْنَا
وَكُنَّا تُرَابًا ذَلِكَ رَجْعٌ بَعِيدٌ ﴿3﴾
قَدْ عَلِمْنَا مَا تَنقُصُ الْأَرْضُ مِنْهُمْ وَعِندَنَا كِتَابٌ حَفِيظٌ ﴿4﴾ بَلْ كَذَّبُوا بِالْحَقِّ لَمَّا
جَاءهُمْ فَهُمْ فِي أَمْرٍ مَّرِيجٍ ﴿5﴾
أَفَلَمْ يَنظُرُوا إِلَى السَّمَاء فَوْقَهُمْ كَيْفَ بَنَيْنَاهَا
وَزَيَّنَّاهَا وَمَا لَهَا مِن فُرُوجٍ ﴿6﴾
وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنبَتْنَا فِيهَا مِن
كُلِّ زَوْجٍ بَهِيجٍ ﴿7﴾
تَبْصِرَةً وَذِكْرَى لِكُلِّ عَبْدٍ مُّنِيبٍ ﴿8﴾
وَنَزَّلْنَا مِنَ السَّمَاء مَاء مُّبَارَكًا فَأَنبَتْنَا بِهِ جَنَّاتٍ وَحَبَّ
الْحَصِيدِ ﴿9﴾ وَالنَّخْلَ
بَاسِقَاتٍ لَّهَا طَلْعٌ نَّضِيدٌ ﴿10﴾
رِزْقًا لِّلْعِبَادِ وَأَحْيَيْنَا بِهِ بَلْدَةً مَّيْتًا كَذَلِكَ الْخُرُوجُ ﴿11﴾ كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ
وَأَصْحَابُ الرَّسِّ وَثَمُودُ ﴿12﴾
وَعَادٌ وَفِرْعَوْنُ وَإِخْوَانُ لُوطٍ ﴿13﴾
وَأَصْحَابُ الْأَيْكَةِ وَقَوْمُ تُبَّعٍ كُلٌّ كَذَّبَ الرُّسُلَ فَحَقَّ
وَعِيدِ ﴿14﴾ أَفَعَيِينَا
بِالْخَلْقِ الْأَوَّلِ بَلْ هُمْ فِي لَبْسٍ مِّنْ خَلْقٍ جَدِيدٍ ﴿15﴾ وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ
وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ
الْوَرِيدِ ﴿16﴾ إِذْ يَتَلَقَّى
الْمُتَلَقِّيَانِ عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ قَعِيدٌ ﴿17﴾ مَا يَلْفِظُ مِن قَوْلٍ إِلَّا
لَدَيْهِ رَقِيبٌ عَتِيدٌ ﴿18﴾
وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ ﴿19﴾ وَنُفِخَ فِي الصُّورِ ذَلِكَ
يَوْمُ الْوَعِيدِ ﴿20﴾ وَجَاءتْ
كُلُّ نَفْسٍ مَّعَهَا سَائِقٌ وَشَهِيدٌ ﴿21﴾
لَقَدْ كُنتَ فِي غَفْلَةٍ مِّنْ هَذَا فَكَشَفْنَا عَنكَ غِطَاءكَ فَبَصَرُكَ
الْيَوْمَ حَدِيدٌ ﴿22﴾ وَقَالَ
قَرِينُهُ هَذَا مَا لَدَيَّ عَتِيدٌ ﴿23﴾
أَلْقِيَا فِي جَهَنَّمَ كُلَّ كَفَّارٍ عَنِيدٍ ﴿24﴾
مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ مُّرِيبٍ ﴿25﴾
الَّذِي جَعَلَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ فَأَلْقِيَاهُ فِي الْعَذَابِ
الشَّدِيدِ ﴿26﴾ قَالَ قَرِينُهُ
رَبَّنَا مَا أَطْغَيْتُهُ وَلَكِن كَانَ فِي ضَلَالٍ بَعِيدٍ ﴿27﴾ قَالَ لَا تَخْتَصِمُوا لَدَيَّ
وَقَدْ قَدَّمْتُ إِلَيْكُم بِالْوَعِيدِ ﴿28﴾
مَا يُبَدَّلُ الْقَوْلُ لَدَيَّ وَمَا أَنَا بِظَلَّامٍ لِّلْعَبِيدِ ﴿29﴾ يَوْمَ نَقُولُ لِجَهَنَّمَ هَلِ
امْتَلَأْتِ وَتَقُولُ هَلْ مِن مَّزِيدٍ ﴿30﴾
وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ ﴿31﴾
هَذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ ﴿32﴾
مَنْ خَشِيَ الرَّحْمَن بِالْغَيْبِ وَجَاء بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ ﴿33﴾ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ذَلِكَ
يَوْمُ الْخُلُودِ ﴿34﴾ لَهُم
مَّا يَشَاؤُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ ﴿35﴾
وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هُمْ أَشَدُّ مِنْهُم بَطْشًا
فَنَقَّبُوا فِي الْبِلَادِ هَلْ مِن مَّحِيصٍ ﴿36﴾
إِنَّ فِي ذَلِكَ لَذِكْرَى لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ
وَهُوَ شَهِيدٌ ﴿37﴾ وَلَقَدْ
خَلَقْنَا السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ
وَمَا مَسَّنَا مِن لُّغُوبٍ ﴿38﴾
فَاصْبِرْ عَلَى مَا يَقُولُونَ وَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ قَبْلَ طُلُوعِ
الشَّمْسِ وَقَبْلَ الْغُرُوبِ ﴿39﴾
وَمِنَ اللَّيْلِ فَسَبِّحْهُ وَأَدْبَارَ السُّجُودِ ﴿40﴾
وَاسْتَمِعْ يَوْمَ يُنَادِ الْمُنَادِ مِن مَّكَانٍ قَرِيبٍ ﴿41﴾ يَوْمَ يَسْمَعُونَ الصَّيْحَةَ
بِالْحَقِّ ذَلِكَ يَوْمُ الْخُرُوجِ ﴿42﴾
إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي وَنُمِيتُ وَإِلَيْنَا الْمَصِيرُ ﴿43﴾
يَوْمَ تَشَقَّقُ الْأَرْضُ عَنْهُمْ سِرَاعًا ذَلِكَ حَشْرٌ عَلَيْنَا يَسِيرٌ ﴿44﴾ نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ
وَمَا أَنتَ عَلَيْهِم بِجَبَّارٍ فَذَكِّرْ بِالْقُرْآنِ مَن يَخَافُ وَعِيدِ ﴿45﴾





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[1]


Qaaf. Demi Al-Quran
yang melimpah-limpah kemuliaan dan kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad
adalah Rasul yang diutus memberi peringatan dan amaran).



[2]


(Kaum musyrik Makkah
bukan sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan kerana
datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri, seorang Rasul pemberi
peringatan dan amaran (mengenai perkara hidup semula sesudah mati); lalu
orang-orang yang kafir itu berkata: "Ini adalah satu perkara yang
menakjubkan!



[3]


"Adakah (kita
akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu adalah cara
kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad yang telah hancur tidak dapat
diketahui lagi)".



[4]


(Apa yang mereka
katakan itu tidaklah benar, kerana) Kami sedia mengetahui apa yang dimakan oleh
bumi sedikit demi sedikit dari (tubuh orang mati) mereka, serta ada di sisi
Kami sebuah Kitab yang menyimpan (catitan segala perkara yang berlaku).



[5]


(Mereka tidak mahu
berfikir betul) bahkan mereka (terburu-buru) mendustakan kebenaran apabila
sahaja sampainya kepada mereka; oleh sebab itu, mereka berada dalam keadaan yang
serba kacau.



[6]


(Kalaulah mereka
menyangka Kami tidak berkuasa mengembalikan mereka hidup semula) maka tidakkah
mereka memandang ke langit yang ada di sebelah atas mereka (dengan tidak
bertiang) bagaimana Kami membinanya (dengan rapi) serta Kami menghiasinya
(dengan bintang-bintang), dan dengan keadaan tidak ada padanya retak-renggang?
-



[7]


Dan juga (keadaan)
bumi ini, (bagaimana) Kami bentangkan dia sebagai hamparan, dan Kami letakkan padanya
gunung-ganang yang terdiri kukuh, serta Kami tumbuhkan padanya pelbagai jenis
tanaman yang indah subur?



[8]


(Kami adakan
semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan
kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya
(dengan taat dan berbakti).



[9]


Dan juga Kami telah
menurunkan dari langit air (hujan) yang banyak faedahnya, lalu Kami tumbuhkan
dengan air itu pokok-pokok tanaman (buah-buahan) dan biji-bijian yang dituai;



[10]


Serta pohon-pohon
kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi
lebat putiknya;



[11]


(Semuanya itu)
sebagai rezeki bagi hamba-hamba Kami. Dan lagi Kami telah hidupkan dengan air
itu bumi yang mati; demikianlah pula keadaan keluarnya (orang-orang yang mati
dari kubur setelah dibangkitkan hidup semula).



[12]


Sebelum mereka (yang
menentang Nabi Muhammad) itu - kaum Nabi Nuh, dan "Ashaabur-Rassi"
serta Thamud (kaum Nabi Soleh), telah juga mendustakan Rasul masing-masing,



[13]


Dan juga Aad (kaum
Nabi Hud), dan Firaun, serta kaum Nabi Lut,



[14]


Dan juga penduduk
"Aikah", serta kaum " Tubba' "; tiap-tiap satu kaum itu
telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepadanya), lalu mereka ditimpa azab
yang Aku janjikan.



[15]


(Setelah mereka
melihat dan memerhatikan makhluk-makhluk yang Kami ciptakan itu) maka adakah
Kami telah lemah dengan ciptaan yang pertama itu (sehingga Kami tidak dapat
mengadakannya semula? Tidak! Dan merekapun tidak mengingkari kekuasaan Kami).
Bahkan mereka berada dalam keadaan keliru dan ragu-ragu tentang ciptaan
makhluk-makhluk (hidup semula) dalam bentuk yang baharu.



[16]


Dan demi
sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang
dibisikkan oleh hatinya, sedang (pengetahuan) Kami lebih dekat kepadanya
daripada urat lehernya,



[17]


Semasa dua malaikat
(yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan
perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di
sebelah kirinya.



[18]


Tidak ada sebarang
perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada
di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).



[19]


Dan (apabila sampai
ajal seseorang) datanglah "Sakaratulmuat" membawa kebenaran (yang
telah dijanjikan, serta dikatakan kepada yang mengingkarinya sebelum itu):
"Inilah perkara yang engkau selalu mengelak diri daripadanya!"



[20]


Dan lagi (apabila
sampai saat yang ditentukan) ditiuplah sangkakala (untuk menghidupkan semula
makhluk-makhluk yang telah mati); saat itu ialah hari berlakunya amaran yang
telah diberikan.



[21]


Dan (setelah itu)
datanglah tiap-tiap orang (ke Padang Mahsyar), disertai (dua malaikat: yang
satu menjadi) pembawa, dan (yang satu lagi menjadi) saksi;



[22]


(Serta dikatakan
kepadanya): "Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam
keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang
menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat
menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat)".



[23]


Dan berkatalah
malaikat yang sentiasa ada bersama-samanya: "Inilah (Kitab catitan iman
dan amal) orang yang terletak dalam jagaanku, siap sedia (untuk
dibicarakan)".



[24]


(Setelah tiap-tiap
orang dibicarakan, Allah berfirman kepada kedua malaikat yang menjadi pembawa
dan saksi itu): "Humbankanlah oleh kamu berdua, ke dalam neraka Jahannam
tiap-tiap orang yang tetap degil dalam kekufurannya; -



[25]


"Yang sering
menghalangi jenis kebajikan, yang melanggar hukum ugama, lagi yang meragukan
kebenaran,



[26]


"Yang menyembah
benda yang lain bersama-sama Allah; maka humbankanlah oleh kamu berdua akan dia
ke dalam azab seksa yang seberat-beratnya".



[27]


(Semasa ia
dihumbankan ke dalam neraka Jahannam, ia mendakwa bahawa Syaitanlah yang
menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di
dunia dahulu) berkata: "Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi
sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong".



[28]


Allah berfirman:
"Janganlah kamu berbalah lagi di hadapanKu, (tidak ada gunanya berbalah
pada masa Aku membuat keputusan); padahal (kamu sedia mengetahui bahawa) Aku
dahulu telah memberi amaran kepada kamu (akan menyeksa orang-orang yang
bersalah).



[29]


"KeputusanKu
itu tidak dapat diubah atau ditukar ganti, dan Aku tidak sekali-kali berlaku
zalim kepada hambaKu".



[30]


(Peringatkanlah
manusia) akan hari Kami bertanya kepada neraka Jahannam: "Adakah engkau
sudah penuh? " Ia menjawab: "Adakah lagi sebarang tambahan?"



[31]


Dan (ingatkanlah
pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang
tidak jauh (dari mereka).



[32]


(Serta dikatakan
kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap
hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang
sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);



[33]


"(Iaitu) orang
yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat
orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah)
dengan hati yang tunduk taat".



[34]


(Mereka dipersilakan
oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan
selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal".



[35]


Mereka beroleh apa
yang mereka kehendaki di situ, dan di sisi Kami ada lagi tambahan (limpah
kurnia yang tidak terlintas di hati mereka).



[36]


Dan berapa banyak
kaum-kaum (yang ingkar) yang terdahulu daripada orang-orang musyrik Makkah itu Kami
telah binasakan. Kaum-kaum itu lebih kekuatannya (dan kehandalannya) daripada
mereka, lalu kaum-kaum itu keluar mencari perlindungan di merata-rata negeri.
(Meskipun demikian keadaannya) dapatkah (mereka) menyelamatkan diri?



[37]


Sesungguhnya
(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak
lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada
masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan
bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran
kepadanya.



[38]


Dan demi
sesungguhnya! Kami telah menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di
antara keduanya dalam enam masa, dan Kami tidak mengalami sebarang susah payah.



[39]


Oleh itu bersabarlah
(wahai Muhammad) akan apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu itu),
dan bertasbihlah sambil memuji Tuhanmu (terutama) sebelum terbit matahari dan
sebelum matahari terbenam.



[40]


Serta bertasbihlah
kepadaNya pada malam hari dan sesudah mengerjakan sembahyang.



[41]


Dan dengarlah (apa
yang diterangkan kepadamu sekarang ini mengenai hari kiamat), hari (malaikat
yang menjadi) penyeru, menyeru (makhluk-makhluk yang telah mati) dari tempat
yang dekat yang dapat didengar oleh semuanya),



[42]


Iaitu hari mereka
mendengar pekikan seruan yang menyatakan perkara yang benar; hari seruan itu
ialah hari masing-masing keluar dari kubur.



[43]


Sesungguhnya Kami
menghidupkan dan mematikan, dan kepada Kamilah sahaja tempat kembali (sekalian
makhluk).



[44]


Pada hari bumi
terbelah-belah untuk mereka segera keluar (daripadanya). Perbuatan
(menghidupkan dan) menghimpunkan mereka di Padang Mahsyar itu, mudah bagi Kami
melaksanakannya.



[45]


Kami lebih
mengetahui apa yang mereka katakan (dari berbagai tuduhan terhadapmu wahai
Muhammad), dan engkau bukanlah seorang yang berkuasa memaksa mereka (supaya
masing-masing beriman). Oleh itu, berilah peringatan dengan Al-Quran ini kepada
orang yang takutkan janji azabKu.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
روعة المنتدى
نائبة المديرة
نائبة المديرة
روعة المنتدى


sms sms :

اللهم اجعل حضوري في قلوب الناس
كـ المطر يبعث الربيع ويسقي العطشى

الجنس : انثى
العذراء
عدد المساهمات : 35966
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : بين من اختارهم قلبي
العمل/الترفيه : مشرفه سابقا قسم الحمل والولاده والاستشارات الطبيه
المزاج : هادئة جدا.

ق-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: ق-مترجمه ماليزي   ق-مترجمه ماليزي Emptyالسبت سبتمبر 01, 2012 8:33 am

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذا الرابط]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

ق-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: ق-مترجمه ماليزي   ق-مترجمه ماليزي Emptyالسبت سبتمبر 01, 2012 10:25 am

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذه الصورة]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
 
ق-مترجمه ماليزي
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» الذاريات-مترجمه ماليزي
» سورة النبأ , مترجمه
» القصص-مترجمه ماليزيه
» سوره مريم مترجمه بالإنجليزي
» سورة النمل-مترجمه ماليزيه

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
منتدى القفطان المغربي :: منتدى اللغــــــات :: قسم اللغه العربيه وقواعدها :: قسم ترجمة القرآن الكريم-
انتقل الى: