منتدى القفطان المغربي
الذاريات-مترجمه ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
الذاريات-مترجمه ماليزي Ezlb9t10
منتدى القفطان المغربي
هل تريد التفاعل مع هذه المساهمة؟ كل ما عليك هو إنشاء حساب جديد ببضع خطوات أو تسجيل الدخول للمتابعة.

منتدى القفطان المغربي

اهلا وسهلا بكـٍ يا فى
https://caftandumaroc.forummaroc.net اخر زياره لكـ كانت فى
الأربعاء ديسمبر 31, 1969
 
الرئيسيةالبوابةأحدث الصورالتسجيلدخول

 

 الذاريات-مترجمه ماليزي

اذهب الى الأسفل 
2 مشترك
كاتب الموضوعرسالة
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

الذاريات-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: الذاريات-مترجمه ماليزي   الذاريات-مترجمه ماليزي Emptyالجمعة أغسطس 31, 2012 9:00 am

﴿
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ﴾


وَالذَّارِيَاتِ
ذَرْوًا ﴿1﴾ فَالْحَامِلَاتِ
وِقْرًا ﴿2﴾ فَالْجَارِيَاتِ
يُسْرًا ﴿3﴾ فَالْمُقَسِّمَاتِ
أَمْرًا ﴿4﴾ إِنَّمَا تُوعَدُونَ
لَصَادِقٌ ﴿5﴾ وَإِنَّ الدِّينَ
لَوَاقِعٌ ﴿6﴾ وَالسَّمَاء ذَاتِ
الْحُبُكِ ﴿7﴾ إِنَّكُمْ لَفِي
قَوْلٍ مُّخْتَلِفٍ ﴿8﴾ يُؤْفَكُ
عَنْهُ مَنْ أُفِكَ ﴿9﴾ قُتِلَ
الْخَرَّاصُونَ ﴿10﴾ الَّذِينَ
هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ ﴿11﴾
يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ ﴿12﴾
يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ ﴿13﴾
ذُوقُوا فِتْنَتَكُمْ هَذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ ﴿14﴾ إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ
وَعُيُونٍ ﴿15﴾ آخِذِينَ مَا
آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿16﴾ كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ
مَا يَهْجَعُونَ ﴿17﴾
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿18﴾
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ ﴿19﴾
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ ﴿20﴾
وَفِي أَنفُسِكُمْ أَفَلَا تُبْصِرُونَ ﴿21﴾
وَفِي السَّمَاء رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ ﴿22﴾
فَوَرَبِّ السَّمَاء وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ
تَنطِقُونَ ﴿23﴾ هَلْ أَتَاكَ
حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ ﴿24﴾
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ ﴿25﴾ فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاء
بِعِجْلٍ سَمِينٍ ﴿26﴾
فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ ﴿27﴾
فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ ﴿28﴾ فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي
صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ ﴿29﴾
قَالُوا كَذَلِكَ قَالَ رَبُّكِ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ ﴿30﴾ قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا
الْمُرْسَلُونَ ﴿31﴾ قَالُوا
إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَى قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ ﴿32﴾
لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن طِينٍ ﴿33﴾
مُسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ ﴿34﴾
فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ ﴿35﴾
فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ الْمُسْلِمِينَ ﴿36﴾ وَتَرَكْنَا فِيهَا آيَةً
لِّلَّذِينَ يَخَافُونَ الْعَذَابَ الْأَلِيمَ ﴿37﴾
وَفِي مُوسَى إِذْ أَرْسَلْنَاهُ إِلَى فِرْعَوْنَ بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ ﴿38﴾ فَتَوَلَّى بِرُكْنِهِ وَقَالَ
سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ ﴿39﴾
فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ وَهُوَ مُلِيمٌ ﴿40﴾ وَفِي عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا
عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ ﴿41﴾
مَا تَذَرُ مِن شَيْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ ﴿42﴾ وَفِي ثَمُودَ إِذْ قِيلَ لَهُمْ
تَمَتَّعُوا حَتَّى حِينٍ ﴿43﴾
فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ وَهُمْ يَنظُرُونَ ﴿44﴾ فَمَا اسْتَطَاعُوا مِن قِيَامٍ
وَمَا كَانُوا مُنتَصِرِينَ ﴿45﴾
وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ ﴿46﴾ وَالسَّمَاء بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ
وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ ﴿47﴾
وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ ﴿48﴾
وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿49﴾ فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ إِنِّي
لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ ﴿50﴾
وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ
مُّبِينٌ ﴿51﴾ كَذَلِكَ مَا أَتَى
الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ ﴿52﴾ أَتَوَاصَوْا بِهِ بَلْ هُمْ
قَوْمٌ طَاغُونَ ﴿53﴾ فَتَوَلَّ
عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ ﴿54﴾
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَى تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ ﴿55﴾
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ ﴿56﴾ مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ
أَن يُطْعِمُونِ ﴿57﴾ إِنَّ
اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ ﴿58﴾
فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذَنُوبًا مِّثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَابِهِمْ فَلَا
يَسْتَعْجِلُونِ ﴿59﴾ فَوَيْلٌ
لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن يَوْمِهِمُ الَّذِي يُوعَدُونَ ﴿60﴾





Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.




[1]


Demi angin yang
menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan lain-lainnya), dengan penerbangan
dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -



[2]


Dan awan yang
membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -



[3]


Dan kapal-kapal yang
belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -



[4]


Dan malaikat-malaikat
yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;



[5]


(Sumpah demi sumpah)
bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat)
tetap benar;



[6]


Dan bahawa
sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.



[7]


Demi langit yang
mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,



[8]


Sesungguhnya kamu
berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang dibawa oleh Nabi
Muhammad, s.a.w).



[9]


Dipalingkan daripada
(perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab
keikhlasannya mencari kebenaran).



[10]


Binasalah
orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,



[11]


(Iaitu) orang-orang
yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).



[12]


Mereka bertanya
(secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"



[13]


(Jawabnya: hari itu
ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka, -



[14]


(Sambil dikatakan
kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia
yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".



[15]


Sesungguhnya
orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga,
dengan matair-matair terpancar padanya.



[16]


(Keadaan mereka di
sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan
mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat
kebaikan.



[17]


Mereka sentiasa
mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.



[18]


Dan pada waktu akhir
malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon
ampun).



[19]


Dan pada harta-harta
mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin
yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).



[20]


Dan pada bumi ada
tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang
(yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,



[21]


Dan juga pada diri
kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan
(dalil-dalil dan bukti itu)?



[22]


Dan di langit pula
terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah
(ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.



[23]


Maka demi Tuhan
langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut
diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat
berkata-kata.



[24]


Sudahkah sampai
kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan?



[25]


Ketika mereka masuk
mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera
kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata
dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.



[26]


Kemudian ia masuk
mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang
dipanggang).



[27]


Lalu dihidangkannya
kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".



[28]


(Setelah dilihatnya
mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan
mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah engkau takut
(wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa
ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.



[29]


(Mendengarkan berita
yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan)
lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi mandul,
(bagaimana aku boleh mendapat anak)?"



[30]


Mereka berkata:
"Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan sahaja);
Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".



[31]


Nabi Ibrahim bertanya:
"(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai utusan Tuhan?"



[32]


Mereka menjawab:
"Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk
membinasakan mereka);



[33]


"Supaya Kami
menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),



[34]


"Batu-batu itu
ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang melampaui batas
(dalam keingkarannya)".



[35]


(Setelah sampai
utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka) mengeluarkan orang-orang
yang beriman yang tinggal di situ.



[36]


(Sesudah dipereksa)
maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang
ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada Nabi Lut).



[37]


Dan Kami tinggalkan
di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan membinasakan
mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi orang-orang yang
sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.



[38]


Dan juga pada
(kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), - ketika kami
mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.



[39]


Maka Firaun
berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata: "(Musa
itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"



[40]


Lalu Kami (adakan
jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami humbankan mereka
ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.



[41]


Dan juga pada
(kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar), - ketika kami
hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi sebarang kebaikan; -



[42]


Angin itu tidak
meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan menjadikannya (hancur)
seperti debu.



[43]


Dan juga pada
(kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi pelajaran) - ketika
dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke suatu waktu
(yang termaklum)!"



[44]


Maka mereka
membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar petir (dengan
tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.



[45]


Dengan yang
demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak mendapat
pertolongan.



[46]


Dan kaum Nuh (Kami
juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik -
derhaka.



[47]


Dan langit itu Kami
dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang kukuh rapi). Dan
sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak terhingga.



[48]


Dan bumi pula Kami
hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik yang
menghamparkannya.



[49]


Dan tiap-tiap jenis
Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati (kekuasaan kami dan
mentauhidkan Kami).



[50]


(Katakanlah wahai
Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada Allah (dengan
bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu, sebagai
pemberi amaran yang nyata.



[51]


"Dan janganlah
kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan kamu),
sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran yang nyata".



[52]


Demikianlah (keadaan
tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan kaummu wahai Muhammad)
- tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada kaum-kaum yang terdahulu dari
mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah seorang ahli sihir, atau
seorang gila".



[53]


Adakah mereka semua
telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk melemparkan tuduhan itu
? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian), bahkan mereka semuanya
adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).



[54]


Oleh itu,
berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu dan
janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau
memberi amaran kepada mereka).



[55]


Dan tetap tekunlah
engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan
faedah kepada orang-orang yang beriman.



[56]


Dan (ingatlah) Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan
beribadat kepadaKu.



[57]


Aku tidak
sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.



[58]


Sesungguhnya Allah
Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhlukNya, dan Dia lah
sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kuat Kukuh
kekuasaanNya.



[59]


(Setelah ternyata
hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang yang zalim (yang
menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab seksa) seperti
bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh itu, janganlah
mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.



[60]


Maka kecelakaan dan
kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang telah dijanjikan
kepada mereka.
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
روعة المنتدى
نائبة المديرة
نائبة المديرة
روعة المنتدى


sms sms :

اللهم اجعل حضوري في قلوب الناس
كـ المطر يبعث الربيع ويسقي العطشى

الجنس : انثى
العذراء
عدد المساهمات : 35966
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : بين من اختارهم قلبي
العمل/الترفيه : مشرفه سابقا قسم الحمل والولاده والاستشارات الطبيه
المزاج : هادئة جدا.

الذاريات-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: الذاريات-مترجمه ماليزي   الذاريات-مترجمه ماليزي Emptyالسبت سبتمبر 01, 2012 8:32 am

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذا الرابط]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
moon_light3
نائبة المديرة
نائبة المديرة
moon_light3


sms sms : رَبِّ لَا تَذَرْنِي فَرْداً وَأَنتَ خَيْرُ الْوَارِثِينَ


الجنس : انثى
الاسد
عدد المساهمات : 31908
تاريخ التسجيل : 10/06/2011
الموقع : القفطان المغربي
العمل/الترفيه : طالبه
المزاج : هادئه جدا

الذاريات-مترجمه ماليزي Empty
مُساهمةموضوع: رد: الذاريات-مترجمه ماليزي   الذاريات-مترجمه ماليزي Emptyالسبت سبتمبر 01, 2012 10:32 am

[وحدهم المديرون لديهم صلاحيات معاينة هذه الصورة]
الرجوع الى أعلى الصفحة اذهب الى الأسفل
 
الذاريات-مترجمه ماليزي
الرجوع الى أعلى الصفحة 
صفحة 1 من اصل 1
 مواضيع مماثلة
-
» ق-مترجمه ماليزي
» سورة النبأ , مترجمه
» سورة الذاريات-ترجمه هنديه
»  سورة الذاريات باللغة العربية و الانجليزية و الفرنسية
» سوره الاخلاص مترجمه فرنسي المعيقلي

صلاحيات هذا المنتدى:لاتستطيع الرد على المواضيع في هذا المنتدى
منتدى القفطان المغربي :: منتدى اللغــــــات :: قسم اللغه العربيه وقواعدها :: قسم ترجمة القرآن الكريم-
انتقل الى: